Peguam Kemaruk Seks Bawah Umur

SINGAPURA: Seorang peguam yang memiliki firma guaman didakwa semalam kerana membayar Sg$300 (RM747) untuk melakukan hubungan seks bersama remaja bawah umur warga Vietnam.

Spencer Gwee Hak Theng, 59, didakwa membayar remaja berusia 17 tahun itu untuk perkhidmatan seks. Gwee yang mempunyai firma Spencer Gwee & Co di Beach Road dituduh membayar untuk hubungan seks dengan remaja itu di Hotel Four Chain View di Geylang pada 19 Julai tahun lalu.

Pendakwa raya meminta Gwee menyerahkan paspostnya.

Bagaimanapun, Gwee enggan mematuhi permintaan itu kerana mendakwa dia perlu pergi ke Hong Kong dan Malaysia untuk urusan perniagaan. Gwee dibebaskan dengan ikat jamin Sg$10,000 (RM24,900) dan akan tampil semula ke mahkamah pada 27 Julai depan.

Sekiranya bersalah dia akan berdepan hukuman penjara tujuh tahun dan denda. – AsiaOne