Nurul Wahab Berkahwin

Hari ini seperti yang dihebahkan sejak beberapa bulan lalu, Nurul Wahab akan menamatkan zaman solo beliau bersama seorang jejaka Perancis bernama Eric Depp.

Pernikahan pasangan ini sedang berlangsung di Dutchess Place, Jalan Ampang dan hanya akan di’hadiri oleh 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & media.

Menariknya, majlis pernikahan Nurul Wahab & Eric Depp ini bakal di’acara dalam tiga bahasa utama iaitu Inggeris, Melayu & Perancis. Pasangan ini akan dinikahkan oleh Ustaz Azizan Othman dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dengan hanya sekali lafaz, Nurul Wahab sah bergelar isteri kepada Eric Depp sekitar jam 12.20 tengahari tadi. Tahniah!