Natrah Tersingkir bersama Isu Foto Bogelnya

 

Belum lagi menjejak industri hiburan yang sebenar, sudah ada orang yang mula bergosip dengan peserta-peserta rancangan realiti, On Air.

Kalau sebelum ini, Dang Suria pernah mengeluarkan kritikan-kritikan pedas yang sememangnya mengejek para peserta ujibakat, kali ini OHBULAN! telah dikirim dengan beberapa keping foto seorang gadis mirip peserta Top 10 On Air, Natrah pula.

Gambar pertama menunjukkan lelaki tersebut memeluk gadis mirip Natrah ini dari belakang namun apa yang paling menarik pandangan mata kami ialah di gambar kedua. Lelaki dan gadis mirip Natrah tersebut kelihatan tidak memakai baju dan kelihatan sangat mesra. Mungkinkah?

Menurut si pengirim e-mail, lelaki didalam gambar tersebut dipercayai adalah anak kepada orang kenamaan manakala gadis didalam foto ini adalah Natrah. Namun begitu, kami tidak menolak kemungkinan ini adalah gambar yang telah di-photoshop-kan. Maklumlah, zaman sekarang kan teknologi tinggi.

Apa pula kata anda? Adakah kami yang tersilap pandang atau memang gadis ini hanyalah pelanduk dua serupa?

Untuk yang tidak tahu, On Air merupakan sebuah program realiti yang mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan yang diketuai oleh Aznil Hj. Nawawi. Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain. –¬†OHBULAN!