Melekat Dengan Kemaluan Kekasih

Kita sering membaca atau mendengar cerita kemaluan isteri curang yang berzina dengan lelaki lain melekat dengan kemaluan kekasihnya. Walaupun kerap kali diceritakan, namun tiada gambar atau video yang membuktikan kebenaran cerita seumpama itu

Oleh sebab itu, banyak pasangan cinta terlarang mengambil sikap endah tidak endah terhadap kebenaran kejadian kemaluan melekat gara-gara berzina atau curang.

Namun, kejadian kemaluan isteri curang melekat dengan kemaluan kekasihnya di Kenya membuktikan perkara itu boleh berlaku. Yang menariknya, kejadian yang amat mengaibkan itu berjaya dirakam. Yang malangnya, video kejadian itu tersebar dan kini boleh ditonton satu dunia di Youtube.

Berdasarkan keterangan video dan beberapa laman sesawang, kejadian ini berlaku di Nairobi, Kenya. Hal itu bermula apabila suami wanita itu mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Sebagai akibatnya, dia meminta seseorang mengenakan sihir agar kemaluan isteri dan kekasihnya itu melekat jika mereka melakukan seks.

Telahan si suami tepat apabila kemaluan isterinya melekat dan tidak boleh dipisahkan dari kemaluan kekasihnya. Walaupun pihak polis cuba membantu, namun kemaluan kedua-duanya pasangan kekasih itu tetap melekat dan tidak boleh dipisahkan.

Polis cuba memujuk suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya.

Pihak polis memujuk si suami agar membatalkan sihir yang dikenakan terhadap isterinya, namun dia enggan berbuat demikian.  Hanya setelah teman lelaki isterinya itu berjanji akan membayar pampasan sebanyak Shilling Kenya 20,000 (lebih kurang RM716) barulah si suami bersetuju memanggil seorang pastor dan tidak lama selepas itu kemaluan pasangan kekasih gelap tadi berjaya dipisahkan.

Selepas dipisahkan.

Pada akhir video, kelihatan lelaki yang berzina dengan isteri orang itu menuju ke ATM untuk mengeluarkan wang. – DCM