Lindsay terima tawaran berlakon filem porno
LOS ANGELES: Lindsay Lohan akan berpasangan dengan aktor filem porno, Jamees Deen, dalam filem terbarunya, The Canyons.
Ketika ini, Lindsay masih terikat dengan penggambaran filem Liz & Dick yang memaparkan kisah hidup selebriti Elizabeth Taylor. Sumber berkata, tawaran filem The Canyons itu diterima Lindsay ketika dia masih lagi belum selesai menjalani penggambaran Liz & Dick.
Deen adalah bintang filem porno yang setakat ini membintangi lebih 2,000 filem.
The Canyons menceritakan mengenai isu kuasa, seks, cinta dan kejayaan hidup. – Agensi