KUB tidak akan jual A&W

PETALING JAYA – KUB Malaysia Bhd. (KUB) tidak akan menjual perniagaan francais restoran makanan segeranya, A&W di Malaysia dan Thailand kepada mana-mana pihak walaupun perniagaan tersebut kini dilihat semakin merudum.

Syarikat itu telah mencatatkan kerugian bersih RM61.86 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding untung bersih sebanyak RM11.48 juta pada tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Wan Mohd. Nor Wan Ahmad berkata, A&W tetap berada di bawah KUB dan tiada sebarang pengambilalihan akan berlaku.

“Produk keluaran A&W juga setanding dengan restoran-restoran makanan segera yang lain, cuma sekarang kami sedang menaik taraf A&W supaya lebih terkini dan memberi perkhidmatan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Duta A&W Great Bear yang dirasmikan oleh Pengerusi KUB, Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad di sini kelmarin