Kontroversi di perlawanan England

Wayne Rooney kembali daripada pergantungan dan menjaringkan gol kemenangan untuk bantu England mara ke suku akhir Euro 2012.

Rooney, yang digantung dua perlawanan pertama England, menanduk bola masuk pada minit ke-48 selepas kesilapan daripada penjaga gawang Ukraine Andriy Pyatov.

Ukraine mengusai perlawanan dan membazirkan beberapa peluang baik sebelum dan selepas jaringan Rooney itu.

Dan mereka sepatutnya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62 apabila percubaan Marko Devic melepasi garisan gawang sebelum Terry menendang bola keluar. Tetapi pengadil dan pembantunya di belakang gawang tidak nampak jaringan itu Devic itu.

Kontroversi itu tentu akan meningkatkan tekanan ke atas Presiden UEFA Michel Platini untuk menggunakan teknologi garisan gawang.

Lagenda Ukraine Andriy Shevchenko, yang memulakan perlawanan itu di bangku simpanan kerana mengalami kecederaan ringan, diserta masuk tetapi beliau gagal untuk menjaringkan gol penyamaan untuk Ukraine.

Dengan kemenangan itu, England menjuarai Kumpulan D dan akan bertemu Itali di Kiev Ahad ini.