Khairul Fahmi Bercinta Lagi

Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex dikatakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Namun kedua duanya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini?

Gambar diatas merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi.

Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu kami yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta.

Kalau bercinta pun, apa salah’nya. Masing masing mempunyai kerjaya hebat, masing masing masih mencari cinta. Peminat pasti akan mendoakan hubungan kalian berdua.

FahmiApex, Lu memang REALPLAYER lah! Layan gambar kat bawah…