Kelantan gerak ke tempat pertama

Kelantan akhirnya bergerak ke tempat pertama di kedudukan Liga Super selepas menewaskan Selangor 1-0 semalam.

Kelantan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-25 apabila pemain import Mohamad Ghaddar menanduk masuk sepakan sudut Norfarhan Muhammad.

Tiga minit kemudian, Norfarhan mencipta satu lagi peluang untuk Kelantan dari satu lagi sepakan sudut, tetapi percubaan Daudsu Jamaludin terkena palang.

Selangor cuba untuk bangkit di separuh masa kedua tetapi tidak dapat menebus benteng pertahanan kukuh Red Warriors.

Kelantan hampir-hampir menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-62 tetapi rembatan Indra Putra Mahyuddin ditepis oleh penjaga gawang Selangor.

Perlawanan ini penuh kontroversi kerana banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain-pemain Selangor tidak diberi perhatian oleh pengadil perlawanan.

Keputusan itu bermakna pasukan Bojan Hodak akhirnya bergerak ke atas LIONSXII di tempat pertama di kedudukan Liga Super, dengan dua perlawanan dalam tangan.