Janji Manis Terbaru King Raja!

Datuk K. Rajagobal berpendapat peminat tidak perlu bimbang dengan prestasi semasa skuad negara selepas gagal menumpaskan Filipina dalam aksi persahabatan.

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata: “Tiada apa untuk dirisaukan, ini bukannya pertandingan. Perlawanan persahabatan adalah perlawanan persahabatan, apa tujuan perlawanan persahabatan, kamu patut tahu.”

Pengedali itu turut menegaskan keputusan pada pentas persahabatan antarabangsa tidaklah mustahak, tetapi ia adalah medan untuk menguji prestasi pemain.

“Memang benar kita berpeluang untuk memenangi perlawanan ini, Kita mensia-siakan 15 hingga 16 peluang jaringan dan memang patut memenanginya.

“Kamu perlu melihatnya secara positif, kami berjaya menangani sebuah pasukan yang amat kuat secara fizikal, malah dapat juga mempamerkan kombinasi permainan mantap,” katanya.

Dalam aksi persahabatan seterusnya, Malaysia akan berdepan Singapura pada 8 dan 12 Jun ini. Malaysia mencatat empat kemenangan dan tiga seri dalam kesemua tujuh aksi persahabatan setakat ini, termasuk aksi terbaru menentang FIlipina (0-0).

Malaysia menewaskan Kelantan 5-0, Sabah (1-0), Filipina (1-1), Sarawak (1-1), Sri Lanka 6-0) dan Felda United (2-1)

3 Replies to “Janji Manis Terbaru King Raja!”

  1. Anonymous

    dia ini sedar ke tidak beza skuad kebangsaan dan skuad pelapis? kalau dalam skuad pelapis spt harimau muda…memang kau boleh eksperimen, sebab tak mempengaruhi ranking…ini skuad utama

    kalau camni lah punya alasan…kenapa pasukan spain , brazil dan negara2 yang rankingnya tinggi dari Malaysia tak pernah ambil mudah dalam pemilihan pemain dalam skuad utama mereka…?

    kalau beginilah sikap jurulatih Malaysia sampai kiamatlah hanya menghuni ranking 140 keatas sahaja…..

  2. Anonymous

    korang ni semua yg sbenarnya angkuh tak tentu pasal.. tak pernah main bola secara kompetetif, tak ada sijil jadi jurulatih.. setakat jadi manager fantasy football lepas tu nak menyalak lebih2.. pegidahh.. hampeh..

    malaysia baru nak naik sejak 4 thn dulu,, masa tu pun ranking dah jauh tertinggal.. citer pasal nak naikkan ranking memang tak masuk akal pun.. mungkin 5 tahun dr skarg kita boleh citer pasal ranking.. tp skrg kena conquer asia tenggara dulu.. nanti join elit asia.. masa tu baru citer pasal ranking .. NGOKK

Comments are closed.