Hujan Juara Versus

Gelaran ROCKSTAR di Konfrontasi Terakhir Versus yang berlangsung di Space U8 malam tadi. Kumpulan itu meraih hadiah wang tunai RM200,000.

Diputuskan menerusi 100% undian SMS, Hujan mengumpul 50.4% undian SMS mengenepikan saingan terdekatnya kumpulan Go Gerila! (49.6%)  di Battle kemuncak dengan mempersembahkan lagu kumpulan legenda, Search.

Hujan memilih lagu “Pawana”, manakala Go Gerila! menampilkan lagu “Saat Kuidamkan”.

Di peringkat awal, kumpulan Hujan mempertaruhkan lagu medley mash-up “Dan Bila Esok” dan “Lamunan Terhenti” serta sebuah lagu baru dari album “Sang Enemy” yang bertajuk “Ke Selatan”.

Dengan peratusan undian yang agak tinggi iaitu 50.4% berbanding kumpulan yang lain, Hujan berjaya mengungguli senarai kumpulan yang lain untuk bergelar juara pada malam tadi.

Persembahan Hujan malam tadi sememang’nya tidak boleh di’sangkal akan kehebatan mereka lebih lebih lagi dengan kemunculan mengejut Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duet khas.

Hujan membawa pulang plaque kemenangan Versus selain wang tunai RM200,000 sebagai ganjaran utama selaku juara keseluruhan. Maklumat lanjut bakal menyusul.