Harimau Muda Tewas Bermaruah

Skuad B22 Tahun Malaysia tewas 2-3 kepada pasukan pilihan Korea Selatan pada perlawanan pembukaan kumpulan G Kejohanan pusingan kelayakan Piala AFC B22 Tahun di Stadium Thuwunna, Pusat Latihan Belia Myanmar.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bagaimanapun mengejutkan gergasi bolasepak Asia itu menerusi jaringan Thamil Arasu seawal minit kelapan permainan apabila beliau memanafaatkan hantaran silang dari Ashri Chuchu.

Korea yang tersentak dengan jaringan itu terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia dan berjaya menyamakan kedudukan 4 minit kemudian menerusi tandukan kapten pasukan Kim Hyun Hoon menerusi sepakan percuma.

Korea bagaimanapun terus mendominasi permainan dengan menambah 2 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Separuh masa kedua Malaysia bermain agak baik dan berjaya merapatkan jaringan sekali lagi oleh Thamil Arasu.

Malaysia hampir berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan namun percubaan di depan gol oleh penyerang Malaysia berjaya diselamatkan oleh pertahanan Korea. Bagaimanapun kedudukan 3-2 berjaya dipertahankan oleh pasukan Korea sehingga wisel penamat.