Harimau Muda Sempurnakan Misi

Menang dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan.

Malaysia [3] v [0] Vietnam

Penyerang sensasi Rozaimi telah membuat kejutan dahulu dengan menjaringkan gol pertama pada min ke-42 namun gol tersebut dibatalkan. Separuh masa pertama nampak seakan milik Vietnam dengan asakan bertubi ke arah gol Malaysia. 
Keadaan menjadi sukar buat Malaysia ketika itu kerana skuad Ong Kim Swee ini memerlukan kemenangan sebelum berjumpa dengan Myanmar. Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan,

Separuh masa kedua Malaysia menukar corak permainan dengan lebih agresif. akhirnya gol yang dicari telah dijaringkan pada min ke-53 tidak lain tidak bukan oleh pemain sensasi Rozaimi Abd Rahman.

Malaysia mula yakin dan mula menggasak untuk menambahkan gol. Min 62′ Saarvindran dimasukkan menggantikan Irfan. Fadhli Shas mengambil tugas sebagai kapten.

Permainan menjadi tegang dengan masing-masing membuat asakan. Min 70′, Tien Duy diberi kad kuning setelah mengasari Wan Zack. Wan Zack yang menjadi perhatian pemain Vietnam sering diasak dengan keras oleh pemain mereka.

Risau kecederaan yang teruk akan berulang, Min 75′ Azrif Nasrulhaq dimasukkan menggantikan Wan Zack yang kelihatan tercedera. Mungkin Ong Kim Swee merasakan perlu merehatkan Wan Zack untuk pertemuan yang paling iaitu menentang Myanmar.

Malaysia menggandakan serangan dengan percubaan bertali arus dengan 2 percubaan dari Rozaimi namun berjaya diselamatkan. Namun pada min ke-90 kad merah telah dilayangkan kepada pemain Vietnam kerana kekasaran.

Gol kedua negara berjaya diperolehi pada babak akhir perlawanan iaitu min ke-92 juga menerusi Rozaimi.

Serba tidak kena buat Vietnam kerana sekali lagi melepaskan gol ketiga Malaysia pada min ke-94 dan juga menerusi Rozaimi. Nampaknya Rozaimi berjaya mengumpul koleksi golnya yang ke sembilan.

Akhirnya perlawanan ditamatkan dengan kemenangan yang amat berharga buat Malaysia. Pasukan negara perlu menang pada perlawanan terakhir bertemu Myanmar untuk melayakkan diri ke pusingan akhir.

Dalam perlawanan lain, Myanmar mengalahkan Taiwan dengan 6-2. Mereka nampaknya memberi amaran kepada Malaysia supaya lebih berhati-hati untuk perlawanan akan datang.

Barisan Malaysia:

Izham (gk), Fandi, Fadhli, Shahrul, Ashri,Wan Zack (Azrif Nasrulhaq), Irfan (c) (Saarvindran), Gary, Zaharulnizam, Thamil, Rozaimi.

One Reply to “Harimau Muda Sempurnakan Misi”

Comments are closed.