Harimau Muda Lulus Ujian Dengan Taiwan

Giliran Chinese Taipei pula yang menjadi mangsa amukan Harimau Muda. Walaupun sangkaan kemenangan besar bakal diperolehi namun 3 mata sudah cukup penting untuk pasukan negara untuk mencapai misi kelayakan.

MALAYSIA [4] v [2] TAIWAN
Malaysia membuka tirai jaringan pada min ke-8 oleh penyerang muda yang semakin berbisa itu Rozaimi. Gol kedua dijaringkan oleh pemain Taiwan sendiri iaitu Ciow Yi Huang pada min ke-33. 
Malaysia menambahkan jumlah gol pada min ke-41 tidak lain tidak bukan menerusi penyerang muda sensasi negara iaitu Rozaimi sekali lagi. Separuh masa pertama berkesudahan 3-0.
Taiwan mula menggasak di awal separuh masa kedua. Hasilnya Taiwan berjaya merapatkan kedudukan pada min ke-51 menerusi pemain jersi 10 mereka Hsieh Meng Hsuan.
Ong Kim Swee cuba merencanakan sesuatu di bahagian hadapan dengan Hazwan Bakri dimasukkan pada min ke-55 menggantikan Wan Zaharulnizam.
Min ke-72 OKS membawa masuk Nazmi Faiz untuk memberi lebih idea kepada bahagian tengah dengan menggantikan Gary Steven dibahagian tengah,
Malaysia akhirnya berjaya menambahkan jaringan keempat mereka pada min ke-79 menerusi Saarvindran.
Minit 79, OKS membuat pertukaran terakhir dengan memasukkan Azizan Nordin menggantikan Rozaimi.
Namun Taiwan tidak mudah menyerah kalah. Mereka berjaya menjaringkan gol hujung perlawanan iaitu pada min ke-92
Malaysia akan bertemu Vietnam selepas ini sebelum menamatkan saingan kumpulan dengan bertemu Myanmar.
Sementara itu Vietnam berjaya membelasah Filipina dengan 9 gol tanpa balas sekaligus memberi amaran kepada pasukan negara supaya lebih berhati-hati ketika bertemu mereka nanti.
Line up Malaysia
Izham (GK), Fandi, Fadhli, Shahrul Saad, Naim, Sarvindran, Irfan Fazail (c), Gary Steven (Nazmi Faiz), Wan Zaharulnizam (Hazwan Bakri), Syarul Azwari, Rozaimi (Azizan).