Harimau menyerlah, masa depan cerah

Tanda yang masa depan bola sepak Malaysia cerah amat jelas. Pemain veteran masih mantap, pemain muda penuh keyakinan, penyokong Ultras setia dengan kehadiran.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura adalah pada 12 Julai 2004 dalam perlawanan persahabatan dimana Akmal Rizal dan Shukor Adnan berjaya membolos gawang Hassan Sunny di bawah pengurusan ketua jurulatih yang kekal hingga hari ini, Raddy Avramovich.

Lapan tahun kemudian, pasukan Dato’ K Rajagobal seri 2-2 di Stadium Jalan Besar dalam perlawanan pertama ‘cabaran causeway’ yang penuh kontroversi dan aksi hangat pertentangan antara para pemain masing-masing serta para penyokong yang hadir.

Apabila ditanya apa jangkaannya untuk perlawanan kedua di Stadium Shah Alam, Rajagobal menjawab dengan penuh ketenangan: “Cuaca yang baik dan suasana yang hangat.”

Dan mengapa tidak? Kumpulan pemain dibawah beliau kini amat berbakat dan sedia untuk sasar pencapaian yang lebih tinggi.

Walaupun telah disingkir Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, Malaysia mempunyai barisan serangan yang amat digeruni dengan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Malah perkembangan pemain domestik dalam persaingan liga yang amat sengit telah memberi pengalaman yang penting untuk pemain muda seperti Shakir Ali, yang berusia 23 tahun, untuk membuktikan diri dengan jaringan-jaringan gol beliau.

Beberapa pemain yang berbakat juga telah diberi peluang seperti Azamuddin Akil dan Amiridzawan Tajudin demi mengikut ketat falsafah Rajagobal yang berkata: “Saya beri peluang kepada pemain baru dalam situasi penuh tekanan. Jika dapat membuktikan diri, mereka akan meningkat.”

Jangan terpedaya, dunia bola sepak rantau asia ini sedar akan peningkatan Harimau Malaya yang merupakan juara bertahan Piala AFF Suzuki Cup serta masih mempunyai pilihan pemain Harimau Muda seperti Wan Zack Haikal dan Ahmad Hazwan, yang mempunyai lima gol antarabangsa antara mereka, dan tidak sabar untuk membuktikan diri dalam kesebelasan utama Rajagobal.

Bagaimana pula dengan perkembangan pemain muda?

Nazmi Faiz ternyata menjadi jawapannya. Pemain daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil itu telah bertungkus-lumus di bawah jurulatih handal Ong Kim Swee sebelum kelab  liga pertama Portugis Beira-Mar menandatangani pemain yang hanya berusia 17 tahun itu.

Apabila ditanya tentang pengganti pemain bintangnya, Ong, seperti Rajagobal, menjawab dengan penuh ketenangan: “Saya kini mempunyai seorang pemain bersama saya di Slovakia – Arif Farhan,” Ong memberitahu ESPNSTAR.my ketika menjalani latihan di sana. “Beliau hanya berusia 16 tahun.”

Mujurlah ketenangan pihak pengurusan ini tidak menjejas sesetengah pihak peminat bola sepak Malaysia. Mengapa?

Kerana sokongan pihak penyokong yang bersemangat adalah antara perangsang yang paling penting dalam peningkatan sukan negara. Harimau Muda, yang berpangkalan di Stadium Yishun kerana disertakan di Liga Singapura sering diberangsangkan oleh segelintir para peminat setia yang sanggup membuat perjalanan jauh demi menyokong wakil muda Malaysia beraksi.

Penyokong Ultras Malaya pula, yang sering kali disalah faham sebagai perarakan ‘hooligans’, telah menggemparkan Jalan Besar dengan kehadiran lebih 400 peminat dari merata Malaysia dalam perlawanan pertama, siap dengan bana, alat musik dan peraian dan sorakan yang tidak terhenti, tanpa duduk sekali pun sepanjang perlawanan.

Malangnya, ketiadaan budaya sokongan bola sepak yang bersepadu di Singapura telah mencetuskan konflik untuk seketika, tetapi kesimpulan pendapat para penyokong Singa sendiri adalah yang perarakan dan semangat sokongan Ultras Malaya itu adalah sesuatu yang menakjubkan – sesuatu yang hanya berlaku pada zaman Piala Tiger dengan sorakan ‘Kallang Roar’ yang kian pupus.

Ketenangan diri membuktikan perancangan yang jelas dan penuh keyakikan. Keyakinan pula menyemarakan lagi semangat yang berkobar-kobar.

Penulis ini ingin menyesuaikan diri dengan perspektif ketenangan yang jelas dipunyai oleh Dato’ K. Rajagobal dan Ong Kim Swee; dan enggan membuat apa-apa ramalan, jangkaan ataupun meluahkan apa jua candangan dan hanya ingin mengakhiri artikel dengan kata-kata Rajagobal sendiri.

“Misi dan visi saya adalah untuk terus meningkat dan melayakan diri dalam Piala Asia 2015.”

Malaysia menang perlawanan kedua ‘cabaran causeway’ 2-0 hasil tandukan Shakir Ali pada minit ke 19 dari hantaran Norshahrul Idlan sementara Safiq Rahim  telah juga menjaringkan gol pada minit ke 61 dari tendangan percuma.