Gerrard kecewa selepas England tersingkir

Ketua pasukan England Steven Gerrard mengakui beliau sangat kecewa selepas England disingkirkan dari Euro 2012 oleh Itali

England ditewaskan 4-2 di sepakan penalti selepas perlawanan tamat seri tanpa jaringan.

Ia merupakan satu lagi kekecewaan sepakan penalti di sebuah pertandingan utama selepas mereka juga disingkirkan pada tahun 1990, 1996, 1998, 2004 dan 2006. Dan walaupun Gerrard memuji usaha pasukannya, beliau mengakui ia adalah satu cara yang kejam untuk mereka pulang ke England.

“Semua pemain kami telah berlatih dengan hebat. Setiap kali kami bermain, saya rasa kami telah membanggakan England, tetapi sekali lagi kami akan pulang dengan penuh kekecewaan, dan sangat sukar untuk menerimanya,” beliau memberithau BBC1.

Pemain Liverpool itu menambah: “Saya bersimpati dengan para pemain kerana mereka telah memberikan segala-galanya.

“Saya rasa kami akan akan mendapat nasib yang baik di sepakan penalti kali ini tetapi tidak.
“Anda harus ucapkan tahniah kepada Itali. Mereka adalah pasukan yang hebat dan mendapat lebih nasib di sepakan penalti.”

England mendahului sepakan penalti itu selepas sepakan kedua Itali, yang diambil oleh Ricardo Montolivo, tersasar dan Wayne Rooney menjaringkan sepakannya untuk berikan pasukan Roy Hodgson pendahuluan 2-1.

Walaubagaimanapun, Itali menjaringkan tiga sepakan seterus mereka manakala sepakan Ashley Young terkena palang dan Gianluigi Buffon menyelamatkan sepakan Ashley Cole untuk membantu Itali mara ke separuh akhir Euro 2012.