Euro 2012: Bintang-bintang muda

Menjelang Euro 2012, ESPNSTAR.com mengenal pasti beberapa bintang muda yang mungkin akan meningkatkan reputasi mereka di Poland dan Ukraine.

Kami akan lihat 15 pemain muda yang kami rasakan akan meninggalkan kesan yang hebat di Euro 2012.
Kriteria pemilihan: Pemain yang dipilih mesti berumur 23 tahun atau ke bawah dan telah membuat kurang daripada 25 penampilan untuk pasukan kebangsaan, kecuali Sweden, dengan pemain paling muda mereka berumur 24 tahun.



Poland: Wojciech Szczesny (Rekod kelayakan – 0 penampilan)

Walaupun tidak dijangka akan pergi jauh, Poland berada di dalam kumpulan yang agak mudah dengan Greece, Rusia dan Czech Republik.

Kekuatan Poland adalah di bahagian serangan, di mana salah satu penyerang paling berbahaya di Eropah, Robert Lewandowski, akan dibantu di bahagian sayap oleh Jakub Blaszczykowski dan Maciej Rybus.

Benteng pertahanan Poland kelihatan agak lemah, dan itu akan membuat kehadiran Szczesny lebih penting. Kehadiran beliau sebagai penjaga gawang utama Poland bermakna bahagian pertahanan Poland kini mempunyai seorang ketua.

Greece: Giannis Fetfatzidis (Rekod kelayakan – 6 perlawanan, 2 gol)

Walaupun Greece tidak pernah menghasilkan sebuah kumpulan pemain hebat sekali gus, mereka secara konsisten telah menghasilkan seorang pemain muda yang hebat.

Fetfatzidis, yang berumur 19 tahun, telah menunjukkan bakat hebat beliau dan telah digelar “the Greek Messi”. Perlawanan paling hebat beliau adalah dalam kemenangan 3-1 atas Malta di pusingan kelayakan, di mana beliau menjaringkan dua gol.

Russia: Alan Dzagoev (Rekod kelayakan – 8 perlawanan, 4 gol)

Dzagoev merupakan salah satu pemain yang lebih berpengalaman dalam senarai ini, setelah membuat lebih daripada 150 penampilan untuk CSKA Moscow sejak tahun 2008.

Masih baru berusia 21 tahun, pemain kreatif itu dianggap sebagai pemain utama masa depan Rusia dan bekas pengurus Rusia, Guus Hiddink berkata beliau adalah “seorang pemain yang bijak yang mempunyai bakat untuk membuat hantaran yang hebat.”

Czech Republik: Vaclav Pilar (Rekod kelayakan – 3 perlawanan, 1 gol)

Walaupun baru membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaan tahun lepas di Piala Kirin, Pilar telah menunjukkan beliau layak mendapat tempat dalam skuad Michal Bilek.

Pemain berusia itu tidak kelihatan akan bermain di kesebelasan utama kerana kehadiran Jaroslav Plasil dan Jan Rezek. Tetapi, Pilar adalah pemain yang baik untuk ada di bangku simpanan, terutama sekali dengan pasukan Bilek kini tidak mempunyai penyerang yang begitu hebat.

Belanda: Luuk de Jong (Rekod kelayakan – 2 perlawanan, 1 gol)

Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk sering telah memberikan pemain-pemain mudanya peluang sejak mengambil alih pada tahun 2008. Walaupun beliau mempunyai Robin van Persie, Klaas-Jan Huntelaar dan Dirk Kuyt di bahagian serangan, van Marwijk sudah tentu akan berikan peluang kepada de Jong.
Pemilihan beliau untuk skuad Belanda ini sudah tentu akan berikan beliau pengalaman bermain di pertandingan besar dan akan menarik perhatian kelab-kelab seperti Liverpool.



Denmark: Christian Eriksen (Rekod kelayakan – 8 perlawanan, 1 gol)

Anda tahu dia mempunyai bakat yang hebat apabila dia sering dikaitkan dengan kelab-kelab seperti Barcelona, Real Madrid, Chelsea dan Liverpool

Dan memandangkan Eriksen mempunyai dua kejuaraan Eredivise dengan Ajax dan telah menang kedua-dua anugerah Johan Cryuff dan Pemain Terbaik Denmark di tahun 2011, tidak hairan mengapa kelab-kelab besar itu mahukan beliau.
Walaupun bintang Belanda Wesley Sneijder telah menasihati beliau supaya kekal di Amsterdam Arena sekurang-kurangnya untuk satu lagi musim, persembahan hebat di Euro 2012 tentu akan lihat banyak kelab untuk cuba menandatangani beliau.

Jerman: Mats Hummels (Rekod kelayakan – 4 perlawanan, 0 gol)

Walaupun Jerman sering memberikan persembahan yang baik di pertandingan-pertandingan penting, satu perkara yang menyerlah dalam pertandingan Piala Dunia 2010 mereka adalah serangan mengancam mereka – satu perkara yang sebelum itu jarang dikaitkan dengan mereka.

Sebab utama itu adalah penampilan para pemain muda dalam pasukan Joachim Low, seperti Thomas Muller, Sami Khedira dan Mesut Ozil. Dan pemain muda yang baru terus diplih beliau untuk kelayakan Euro 2012, seperti Mario Gotze dan Marco Reus. Tetapi pengenalan Hummels adalah yang paling penting di antara mereka.

Dengan Arne Friedrich kini kelihatan tidak mampu untuk bermain di peringkat antarabangsa, Hummels telah mengambil alih tempat beliau. Beliau adalah seorang pemain yang selesa di bawah kawalan bola. Hummels dan Holger Badstuber kelihatan akan menjadi pemain pertahanan tengah utama Low untuk masa depan.

Portugal: Nelson Oliveira (Rekod kelayakan – 0 perlawanan)

Satu perkara yang sering menjejas Portugal adalah kegagalan mereka untuk menghasilkan seorang penyerang taraf dunia. Pemain-pemain terkenal seperti Nuno Gomes dan Pauleta telah gagal untuk menjaringkan gol secara konsisten sebelum ini. Walaupun bahagian tengah Portugal mempunyai bakat yang hebat, tidak ada seorang penyerang untuk menjaringkan bola masuk untuk mereka.

Jurulatih Paulo Bento akan mengharapkan ia akan berakhir dengan kemunculan Oliveira, yang telah mainkan peranan penting dalam pertandingan Piala Dunia B-20, di mana Portugal mendapat tempat kedua. Pemain berusia 20 tahun itu telah memberikan beberapa persembahan baik untuk Benfica musim ini dan mungkin akan diberikan peluang di Euro 2012.



Sepanyol: Jordi Alba (Rekod kelayakan – 1 perlawanan, 0 gol)

Walaupun mereka adalah juara dunia dan Eropah, satu posisi yang Sepanyol tidak mempunyai pemain taraf dunia adalah di posisi bek kiri. Tetapi ia kini kelihatan akan berubah dengan kemunculan Alba.

Walaupun telah membuat 60 penampilan untuk Sepanyol, satu-satunya sebab Joan Capdevilla menjadi pemain utama di bek kiri sebelum ini adalah kerana mereka tidak mempunyai pemain lain yang lebih baik di posisi itu. Tetapi dengan Alba, Vicente Del Bosque kini mempunyai seorang pemain yang boleh menyerang dan juga membuat pertahanan yang baik.

Itali: Mario Balotelli (Rekod kelayakan – 2 perlawanan, 0 gol)

Ia adalah satu musim yang penuh peristiwa untuk Balotelli. Walaupun beliau membantu Manchester City menangi liga buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun, Balotelli sering terlibat dengan perkara-perkara yang menunjukkan beliau masih belum matang seperti bertengkar dengan rakan pasukan sendiri.

Selepas mainkan peranan penting untuk kelabnya, penyerang panas baran ini mungkin juga akan mainkan peranan penting untuk Itali, terutama sekali dengan Giuseppe Rossi cedera dan Antonio Cassano baru sahaja pulang dari pembedahan jantung.

Republik Ireland: James McClean (Rekod kelayakan – 0 perlawanan)

Tidak ada banyak pihak yang percaya Ireland dapat menunjukan prestasi yang baik di Euro 2012 tetapi pemain yang dipunyai Giovanni Trapattoni dijangka dapat memberi saingan yang sengit.

Ireland mempunyai beberapa orang penyerang yang mahir termasuk Robbie Keane dan Kevin Doyle yang dapat mengambil kesempatan jika dapat servis hantaran yang baik. McClean juga merupakan antara pemain sayap di sebelah kiri yang mampu mengatasi pemain pertahanan dunia terbaik.

Ukraine: Yaroslav Rakitskiy (Rekod kalayakan – 0 perlawanan)

 Musim lepas, Rakitskiy telah mewakili negaranya di kejuaraan UEFA di B-21 tahun dan telah memenangi tempat dalam kesebelasan terbaik kejohanan itu.

Setahun kemudian, pemain pertahanan yang mampu melancarkan gerakan serangan ini nampaknya telah terus menunjukan prestasi yang baik dan meningkatkan permainan dengan mewakili Ukraine di Euro 2012 dan dijangka akan mencipta peluang di sayap kanan.

Pemain yang berusia 22 tahun itu membuktikan dirinya di Shakhtar Donetsk dalam pencapaian mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lepas yang telah berakhir dengan kekalahan kepada Barcelona.

Sweden: Emir Bajrami (Rekod kelayakan – 6 perlawanan, 1 gol)

Pemain sayap kiri yang lincah ini adalah antara pemain terbaik Sweden dengan aksi geleceknya tetapi kemerosotan prestasi di kelab FC Twente beliau telah menyaksikannya hilang tempat dalam pasukan utama Erik Hamren.

Dengan Sebastian Larsson dijamin tempat di sayap kanan, Bajrami terpaksa bersaing dengan Rasmus Elm dan pemain veteran Christian Wilhelmsson untuk tempat di sayap kiri.

Perancis: Yann M’Vila (Rekod kelayakan – 8 perlawanan, 1 gol)

M’Vila hanya berusia 21 tahun dan telah dianggap sebagai antara pemain pertahanan terbaik Perancis selepas Claude Makelele, Lassana DIarra dan Alou Diarra.

Pemain bintang Rennes ini mampu memenangi bola dengan pendekatan fizikalnya serta memberi servis hantaran yang baik, dan telah dikaitkan dengan pemindahan ke Arsenal.



England: Alex Oxlade-Chamberlain (Rekod kelayakan – 0 perlawanan)

England telah membuat kesilapan besar apabila Sven-Goran Erisson tidak menyertakan Theo Walcott pada Piala Dunia 2006 tetapi Roy Hodgson dijangka tidak akan buat yang sama dengan Alex.

Pemain sayap Arsenal yang amat pantas ini bermain dengan penuh keyakinan tidak kira siapa saingannya dengan hanya satu matlamat – untuk menghantar bola yang tepat ataupun gelecek ke dalam kotak.

sumber –  ESPNSTAR.com