England Singkirkan Sweden dari Euro

England menyingkir Sweden daripada kejuaraan Euro 2012 pada hari Jumaat dengan sumbangan besar Theo Walcott yang telah menjaringkan gol penyamaan sebelum mencipta gol kemenangan untuk Danny Welbeck.

Walcott dimasukkan pada minit ke 61 dan memberi impak dengan cepat setelah berjaya merobek barisan pertahanan Sweden pada minit ke 64 sebelum membuat rembatan kencang yang menjadikan kedudukan 2-2.

Beliau sekali lagi berjaya memecut lepas pada minit ke 78 tetapi telah memberi Danny Welbeck hantaran yang baik untuk penyerang Manchester United itu menjaringkan gol dengan tumit beliau.

Andy Carroll telah membuka tirai sebelum masa rehat pada minit ke 23 dengan tandukan dari hantaran Steven Gerrard tetapi Sweden menindak balas selepas masa rehat dengan kesilapan Glen Johnson yang telah membolos gawang sendiri dan tandukan Olof Mellberg untuk mendahului perlawanan.

England hanya perlu seri dengan Ukraine dalam perlawanan terakhir untuk mara ke pusingan seterusnya dan ini adalah kemenangan pertama England ke atas Sweden dalam lapan perlawanan.

Sweden: Isaksson, Granqvist (Lustig 66), Mellberg, Jonas Olsson, Martin Olsson, Larsson, Svensson, Kallstrom, Elm (Wilhelmsson 81), Ibrahimovic, Elmander (Rosenberg 79).

Pemain Gantian: Wiland, Hansson, Hysen, Antonsson, Wernbloom, Safari, Holmen, Bajrami, Toivonen.
Kad Kuning: Mellberg, Jonas Olsson, Svensson.

Gol: Mellberg 49, 59.

England: Hart, Johnson, Terry, Lescott, Cole, Milner (Walcott 60), Parker, Gerrard, Young, Carroll, Welbeck (Oxlade-Chamberlain 89).

Pemain Gantian: Green, Butland, Kelly, Henderson, Baines, Jones, Jagielka, Downing, Defoe.
Kad Kuning: Milner.

Gol: Carroll 23, Walcott 64, Welbeck 78.

Kehadiran: 70,000

Pengadil: Damir Skomina (Slovenia)