“England boleh main tanpa Rooney”

Theo Walcott yakin England boleh menggantikan Wayne Rooney untuk dua perlawanan pembukaan Euro 2012.

Rooney akan digantung untuk perlawnan dengan Perancis di Donetsk dan Sweden di Kiev selepas dibuang padang dalam perlawanan kelayakan dengan Montenegro di Podgorica.

Ketiadaan beliau akan amat dirasai oleh skuad yang kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan tetapi Walcott mempunyai kepercayaan kepada pemain-pemain yang ada.

Walcott berkata: “Wayne jelas seorang pemain yang sangat penting kepada pasukan kami. Tetapi kami perlu bangkit dari itu. Anda perlu bertindak daripada kekecewaan itu.

“Beliau telah digantung untuk dua perlawanan tetapi para pemain kami bermain di liga terbaik di dunia. Ia bukan satu tugas yang sukar untuk sesiapa yang menggantikan Wayne.”

England telah kehilangan banyak pemain berpengalaman sejak Hodgson mengumumkan skuadnya.

Walcott menambah: “Nasib kami sangat malang, tetapi para pemain yang telah mengganti pemain yang mempunyai kecederaan itu akan bermain dengan baik dan mereka sangat positif.”

Seorang pemain yang Walcott yakin boleh meninggalkan kesan adalah rakan Arsenal beliau Alex Oxlade-Chamberlain, yang membuat penampilan pertama untuk England dalam kemenangan atas Belgium di Wembley pada Sabtu.

Walcott berkata: “Alex adalah seorang jenis pemain yang anda tidak perlu memberi nasihat sebelum perlawanan.

“Dia adalah seorang pemain yang muda, bermain dengan tanpa rasa takut, dan amat yakin.

“Jika ada orang yang tidak kenal beliau sebelum pertandingan ini, mereka akan kenali beliau selepas pertandingan ini, saya pasti.”