Cuti malang tujuh sekeluarga

KUALA TERENGGANU – Jurutera di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, Shairyzal Mohamad Azizan, 30, begitu seronok dengan berita kunjungan keluarga bapa saudaranya dari Permatang Pauh, Pulau Pinang ke rumahnya di sini sehingga dia membuat beberapa panggilan telefon untuk mengetahui keadaan perjalanan mereka.

Namun, tanpa diduga, panggilan yang dibuatnya pada pukul 4.25 petang kelmarin untuk bertanyakan mengenai perjalanan bapa saudaranya itu, Abdul Razak Othman, 49, atau Pak Su bersama enam lagi ahli keluarga mereka rupa-rupanya perbualan yang terakhir.

Lima minit kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dikatakan terbabas memasuki laluan Toyota Avanza yang dipandu oleh Abdul Razak sebelum kedua-duanya bergesel dan berpusing di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Lokasi kejadian itu hanya kira-kira 40 kilometer dari rumah Shairyzal.

“Ketika dalam perjalanan, saya beberapa kali menghubungi mereka untuk bertanyakan keadaan dan kali terakhir saya menghubungi mereka lima minit sebelum kejadian.

“Selepas itu, saya cuba hubungi mereka sekali lagi tetapi tidak dijawab sehinggalah ada orang telefon saya memberitahu bapa saudara saya terlibat dalam kemalangan,” ceritanya ketika ditemui di Balai Polis Setiu sejurus selepas kejadian.

Insiden yang berlaku dalam hujan lebat itu menyebabkan anak Abdul Razak iaitu Siti Suraya, 14, dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian