Cristiano Ronaldo Ke-12 Terbaik Dunia

Presiden Barcelona Sandro Rosell berkata Cristiano Ronaldo bukan di antara 10 pemain terbaik di dunia.

Ronaldo mendakwa minggu lalu bahawa beliau patut menerima anugerah Pemain Terbaik Dunia selepas membantu Real Madrid memenangi Liga Sepanyol musim lalu.

Walaubagaimanapun, Rosell berkata Lionel Messi akan memenangi anugerah itu buat tahun keempat berturut-turut di akhir tahun ini.

Rosell berkata: “Cristiano Ronaldo bukan pemain terbaik kedua di dunia, beliau adalah nombor 12. 11 pemain terbaik di dunia adalah pemain Barca.

“Di luar Sepanyol, semua orang berkata Messi patut menang anugerah itu tetapi di sini, tidak.”
Beliau juga memberikan komen tentang jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho.

“Saya tidak akan terima jurulatih yang sanggup buat apa-apa untuk menang,” kata Rosell.