Bunuh Diri Selepas Hakim Jatuh Hukuman

PHOENIX (Arizona): Pengunjung Mahkamah Tinggi Maricopa tergamam apabila seorang lelaki yang baru disabitkan kesalahan membakar rumahnya tiba-tiba terjatuh dan mati, semalam.

Sejurus sebelum itu, juri mendapati Michael Marin bersalah atas tuduhan khianat apabila membakar rumahnya yang bernilai AS$3.5 (RM11.1 juta).

Marin, 53, kelihatan terkejut dan memejamkan matanya ketika hakim membacakan keputusan sebelum dia dilihat memasukkan sesuatu ke mulutnya.

Dia kemudian menelannya dengan bantuan cecair dalam satu botol plastik.

Melalui rakaman kamera litar tertutup mahkamah, Marin dilihat terjatuh ke lantai beberapa minit kemudian dan menggelupur seperti terkena sawan.

Dia disahkan mati apabila tiba di sebuah hospital tidak lama kemudian, Apabila perbicaraan bermula Mei lalu, pendakwa berkata, Marin boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun jika didapati bersalah.

Rumah agam Marin musnah terbakar pada 5 Julai 2009 selepas dia gagal menjual bangunan berkenaan dalam satu lelongan amal. Bomba mendapati kebakaran di bangunan seluas 613 meter persegi (6,600 kaki persegi) itu disengajakan.