Bintang baru Harimau Muda

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mendedahkan beliau mempunyai bintang baru menjelang permulaan semula Liga Singapura.

Harimau Muda kini berada di Slovakia untuk membuat persediaan untuk kelayakan Piala AFC Asia B-22, yang akan bermula pada 23 Jun di Myanmar. Harimau kini berada di tangga keempat di Liga Singapura.

Memandangkan bilangan perlawanan yang mereka akan berdepan dalam kedua-dua pertandingan itu, Harimau telah bermain dengan baik setakat ini untuk kekal di kelompok teratas Liga Singapura.

Sejak empat bulan yang lalu, mereka bukan sahaja memberikan persembahan-persembahan hebat, tetapi juga telah menghasilkan beberapa pemain muda berbakat yang telah menunjukkan mereka boleh menjadi antara yang terbaik di rantau ini di masa depan.

Seorang pemain adalah Nazmi Faiz, yang telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, S.C Beira-Mar. Dan Ong kini bersedia untuk memperkenalkan satu lagi bintang barunya apabila S-League kembali beraksi.

“Saya kini mempunyai seorang pemain bersama saya di Slovakia – Arif Farhan,” Ong memberitahu. “Beliau hanya berusia 16 tahun.

“Beliau telah menunjukkan banyak potensi dan saya yakin dia akan mengikut jejak langkah Nazmi.”

Walaupun masih muda, Ong mendedahkan Arif telah menunjukkan potensi hebat beliau apabila menentang pasukan-pasukan dari Eropah, yang terkenal dengan permainan fizikal mereka.

“Beliau telah bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan yang kami main di Slovakia,” Ong menambah.

“Kami akan mendaftarkan beliau untuk Liga Singapura dan saya harap beliau mengambil peluang ini untuk menunjukkan bakat beliau.”

Harimau akan mengakhiri kelayakan AFC mereka pada 3 Julai dengan perlawanan menentang Myanmar, dan akan bermain semula di Liga Singapura sepuluh hari kemudian di Stadium Queenstown apabila mereka menentang Tanjong Pagar.