Belanda Tewas Lagi

Dua jaringan Mario Gomez di separuh masa pertama memberikan kemenangan kepada Jerman dalam perlawanan Kumpulan B mereka menentang Belanda.

Gomez, yang telah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan pembukaan menentang Portugal, membuka tirai pada minit ke-24 dan menjaringkan gol keduanya pada minit ke-38 sebelum Robin van Persie menjaringkan gol hebat dari kaki kanannnya untuk Belanda 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Belanda meningkatkan prestasi mereka selepas jaringan itu, dengan rayuan penalti Van Persie ditolak dan beberapa percubaan yang tesasar.

Tetapi jurulatih Belanda, Bert van Marwijk tentu akan marah dengan persembahan keseruluhan pasukannya, terutama sekali di bahagian tengah di mana pemain-pemain tengah Jerman diberikan terlalu banyak ruang untuk menguasai perlawanan.

Keputusan itu bermakna Jerman kini hanya memerlukan satu mata dari perlawanan terakhir Kumpulan B mereka menentang Denmark untuk mara ke suku akhir, manakala Belanda perlu menewaskan Portugal dan harap Jerman menang dan perubahan di perbezaan gol.