Beckham Kecewa Tidak Terpilih

David Beckham tidak dipilih untuk pasukan bola sepak Olimpik Britian, pemain itu mendedahkan.

Pemain berusia 37 tahun itu telah harap untuk dinamakan sebagai salah satu daripada tiga pemain atas umur 23 tahun tetapi jurulatih pasukan Olimpik Stuart Pearce telah membuat keputusan untuk tidak memilihnya.

Difahami Ryan Giggs, Craig Bellamy dan Micah Richards akan menjadi tiga pemain di atas umur 23 tahun yang akan dipilih oleh Pearce.

Beckham berkata di sebuah kenyataan kepada Press Association: “Semua orang tahu saya sangat gemar bermain untuk pasukan kebangsaan. Ia adalah sesuatu yang sangat berharga untuk saya, jadisaya akan berbesar hati jika dapat dipilih untuk pasukan ini.

“Sememangnya saya kecewa, tetapi saya tetap akan meyokong pasukan ini. Dan saya berharap mereka akan berjaya memenangi pingat emas.”

“Sebagai seorang pemain yang berasal daripada London, saya sangat berbangga dapat membawa Sukan Olimpik ke bandar rumah saya sebagai sebahagian daripada pasukan Seb (Coe) dan saya tidak sabar untuk Sukan Olimpik ini bermula dan akan menikmati setiap saat.”

Beckham difahami diberitahu oleh Pearce bahawa beliau akan memilih Richards kerana mahu memperkukuhkan bahagian pertahanan beliau.

Bekas pemain tengah England itu telah ada di dalam senarai 35 pemain dan Pearce telah ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan beliau berkasi bersama Los Angeles Galaxy.

Giggs dan Bellamy memang dijangka akan dipilih tetapi panggilan Richards merupakan satu kejutan selepas beliau tidak dipilih untuk pasukan Euro 2012 England.

Pemain di bawah umur 23 tahun yang lain yang dijangka akan dipilih oleh Pearce adalah Aaron Ramsey dan Gareth Bale.