Beckham dan Giggs Bakal Wakili Britain di Olimpik


Impian David Beckham mewakili Great Britain di Sukan Olimpik London semakin hampir menjadi kenyataan.

Bekas kapten England berusia 37 tahun itu dijangka akan disenaraikan dalam skuad 35 pemain yang akan diserahkan kepada FIFA oleh pengurus pasukan GB, Stuart Pearce.

Bintang LA Galaxy, Becks, yang dilahirkan di Leytonstone di East End London, telah lama mengikrarkan hasrat untuk menjadi sebahagian dari Sukan Olimpik yang diadaan di bandar kelahirannya. Ryan Giggs juga dikhabarkan bakal tersenarai!

Pearce akan mengurangkan pemain skuad dan menyerahkan skuad akhir 18 pemain ke jawatankuasa Sukan Olimpik dan FIFA sebelum 9 Julai ini.