Alonso Wira Sepanyol

Xabi Alonso menjaringkan dua gol dalam dalam penampilan ke 100 beliau dengan kemenangan 2-0 ke atas Sepanyol dalam perlawanan suku akhir Euro 2012.

Sepanyol akan bertemu Portugal pada hari Rabu di Donetsk dalam separuh akhir pertama dengan matlamat meraih kemenangan kejuaraan ketiga berturut-turut.

Gol pembukaan hasil permainan satu sentuhan oleh Andres Iniesta yang telah memberi bola kepada Jordi Alba yang telah menggelecek lepas Debuchy sebelum hantarannya yang tepat ditanduk masuk Xabi Alonso pada minit ke 19.

“Kami tahu ini adalah perlawanan yang penting dan kami telah bermain dengan baik.” Alonso berkata. “Jaringan gol siang itu bermakna cabaran kami lebih senang diatasi dan kami amat berpuas hati.”

Sepanyol mengakhiri persaingan apabila pemain pertahanan kanan Perancis Anthony Reveillere mengasari pemain gantian Pedro Rodriguez dalam masa tambahan dan Xabi Alonso menjaringkan gol penalti seterusnya.

Satu-satunya percubaan Perancis yang tepat pada sasaran adalah apabila tendangan percuma Yohan Cabaye ditepis keluar oleh Iker Casillas.

Terdapat beberapa babak yang membosankan tetapi pemain Sepanyol tidak perlu meningkatkan permainan selepas gol pembukaan Alonso.

Walaupun Perancis telah berjaya mara dari pusingan berkumpulan sejak Piala Dunia 2006, penyingkiran ini amat mengecewakan untuk pasukan yang dianggap antara yang terbaik dalam Euro 2012.

Karim Benzema kelihatan mantap dan sasar jaringan gol antarabangsa pertama tetapi tidak dapat servis baik dari rakan sepasukannya.

Sepanyol: Iker Casillas, Alvaro Arbeloa, Gerard Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, David Silva (Pedro Rodriguez, 65), Andres Iniesta (Santi Cazorla, 84), Cesc Fabregas (Fernando Torres, 67).

Perancis: Hugo Lloris, Anthony Reveillere, Adil Rami, Laurent Koscielny, Gael Clichy, Mathieu Debuchy (Jeremy Menez, 65), Yohan Cabaye, Yann M’Vila (Olivier Giroud, 79), Florent Malouda (Samir Nasri, 65), Franck Ribery, Karim Benzema.