“Ada sebab lain Rio tak dipilih”

“Ada sebab lain Rio tak dipilih”

Robbie Fowler mendakwa bukan atas “sebab-sebab bola sepak” Rio Ferdinand tidak dipilih oleh Roy Hodgson untuk skuad Euro 2012 England.

Pengurus England, Roy Hodgson menghadapi banyak soalan apabila menamakan skuadnya untuk Euro 2012 tentang sebab beliau tidak memilih Ferdinand.

Apabila Gary Cahill mengalami kecederaan Sabtu lalu dan disahkan tidak dapat berkasi di Euro 2012, Hodgson memanggil Martin Kelly sebagai penggantinya.

Fowler – yang pernah bermain bersama Ferdinand untuk England dan Leeds, mendakwa di blog PaddyPower.com: “Saya pasti bukan “sebab-sebab bola sepak” yang membuat Hodgson tidak memilih Ferdinand. Semua orang tahu itu bukan sebabnya.

“Sebab sebenar adalah John Terry bersikap perkauman terhadap adik Rio, Anton.

“Saya pernah membaca bahawa Ferdinand telah berhubung Hodgson tidak lama selepas beliau dilantik sebagai pengurus dan berkata beliau bersedia untuk bermain dalam pasukan yang sama dengan Terry.

“Rio kemudian tidak dipilih untuk skuad Euro 2012 atas “sebab-sebab bola sepak”.

“Keputusan Hodgson untuk menggantikan Gary Cahill dengan Martin Kelly adalah yang telah benar-benar menyebabkan kekecohan sekarang.

“Saya bermain bersama Rio Ferdinand di Leeds United. Beliau adalah seorang pemain yang hebat. Beliau memulakan 30 perlawanan Liga Perdana untuk Manchester United musim lalu dan hampir memenangi liga. Sebab-sebab bola sepak?

“Rio adalah seorang pemain yang lebih tenang daripada John Terry. Terry adalah lebih dominan, dan ya, England perlukan itu kerana Roy Hodgson tidak mahu pasukannya dibolos, tetapi saya masih akan memilih Ferdinand.

“Tetapi ini kelihatan seperti akhir kerjaya  Ferdinand untuk England

“Tetapi saya tetap gembira Martin Kelly telah mendapat panggilan. Beliau adalah seorang pemain muda yang hebat di Liverpool.”