20 Dosa-Dosa FAM

Semua penyokong Harimau Malaya mesti mempunyai rasa geram dan sedih yang tiada kesudahan ketika ini tambahan pula dengan gaya permainan yang sungguh mengecewakan sejak akhir-akhir ini. Semua yang berlaku sememangnya tidak lain tidak bukan ialah FAM sendiri kerana banyak perancangan mereka menemui kegagalan. Oleh itu mari kita lihat satu persatu senarai dosa-dosa yang FAM lakukan selama ini.

1. FAM hanya memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 1974, itupun setelah Malaysia berjaya layak ke Olimpik 1972. Ini sungguh mengecewakan kerana FAM yang ditubuhkan pada 1933 telahpun mendapatkan pengiktirafan FIFA pada 1956.
2. FAM gagal senaraikan penjaga gol terbaik Asia ketika kempen Piala Dunia 1974 iaitu iaitu Chow Chee Keong yang sedang bermain dengan kelab Hong Kong yang menjadi penyebab utama Malaysia gagal layak setelah mudah dibolosi oleh pasukan Israel pada perlawanan pertama. Penjaga gol gantian ketika itu ialah pemain muda R Arumugam.
3. Menggugurkan pemain terbaik kelayakan olimpik di Seoul iaitu Syed Ahmad ketika sukan Olimpik 1972 di Munich Jerman. Jika tidak Malaysia lebih mampu bersaing ketika di Olimpik.
4. FAM sepatutnya menghantar pasukan bolasepak ke sukan Olimpik 1980 di Moscow walaupun Malaysia memboikot Olimpik ketika itu kerana peluang seumpama itu adalah sangat berharga.

5. Mengabaikan saranan pengurus Arsenal Bertie Mee pada 1975 yang melihat potensi Malaysia supaya melakukan banyak perlawanan antarabangsa untuk menjadi jaguh dunia terutamanya Asia ketika itu.
6. Silap memilih lokasi kem latihan dikawasan sejuk Bukit Fraser (Penginapan Banglo Sri Berkat) sedangkan kelayakan Piala Dunia 1982 akan diadakan di Kuwait yang bersuhu panas. Soh Chin Aun memberi alasan kerana bahang panas menjejaskan permainan mereka manakala Mokhtar Dahari menambah kebanyakan dari mereka terkena sunburn yang teruk sejak dari perlawanan pertama.

7. Gagal membentuk semangat setiakawan antara pemain pada kempen kelayakan Piala Dunia 1982 kerana wujud semangat berpuak-puak dikalangan pemain yang tidak sebulu antara satu sama lain. Ini dapat dilihat gaya permainan pasukan yang pernah layak ke olimpik ini bermain secara individu tidak berpasukan.

8. Pada kempen kelayakan Piala Dunia 1982, FAM terlalu memanjakan beberapa pemain seperti Hassan Sani yang menghilangkan diri dari kem dan hanya muncul di saat akhir sebelum berlepas ke kuwait.Mokhtar Dahari juga diberi pengecualian berlatih bersama pasukan Selangor ketika tempoh tersebut.
9. Silap memilih UAE negara yang panas terik sebagai tempat latihan tidak di Bukit Fraser seperti sebelumnya menjadi faktor Malaysia hanya mampu seri dengan Nepal iaitu negara yang berada di altitud tinggi sekaligus menjadi faktor utama Malaysia gagal ke Piala Dunia 1986.
10. Hanya melanjutkan kontrak Frank Lord selama 4 bulan ketika hanya berbaki 1 perlawanan dalam kempen kelayakan pada kempen Piala Dunia 1986 sekaligus jurulatih itu tidak menerima kontrak tersebut dan diganti oleh penolong jurulatih Mohamad Bakar dan hasilnya Malaysia tewas di Korea Selatan sedangkan Malaysia hanya perlu seri di sana. Di bawah kendalian Frank Lord malaysia berjaya menewaskan Korea (buat kali terakhir) di Kuala Lumpur sebelum itu.
11. FAM tidak mencari pengganti kepada pengurus Mejar Datuk Dahlan Suleiman yang meletak jawatan pada saat akhir dan Malaysia meneruskan saingan Piala Dunia 1994 tanpa pengurus pasukan. Perkara ini menyebabkan kedua-dua pihak iaitu Ken Worden dan FAM menyalahkan satu sama lain selepas berakhir kempen tersebut.

12. Memberi ganjaran sebanyak RM9000 kepada setiap pemain kerana kecemerlangan mereka untuk pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 1998 sekalipun hakikatnya misi negara belum selesai.

13. Menggantung kerjaya Datuk Ahmad Basri Akil selama 7 tahun (2001-2005 dan 2007-2010) kerana mengkritik kerja FAM.
14. Memisahkan pasukan olimpik dan senior untuk kempen awal kelayakan Piala Dunia 2006. Sekaligus khidmat Alan Harris, Akmal Rizal, Juzaili Samion, Indra Putra Mahyuddin, Syamsuri Mustafa dan Norhafiz Zamani Misbah telah dinafikan untuk memberi sumbangan kepada pasukan senior. Jurulatih sementara diberi kepada K Rajagobal.
15. Memecat jurulatih bawah-20 tahun Jorvan Viera dan bawah-17 tahun Joao Paulo Nizzo dari Brazil. Kedua-dua jurulatih menjadi mangsa langkah jimat cermat FAM tetapi sekaligus FAM juga bertanggung jawab menghancurkan bakat-bakat anak muda negara sekitar tahun 2003 itu.

16. Menurunkan pangkat Bertalan Bisckei dari jurulatih negara kepada tugas pembangunan bola sepak remaja hanya kerana beliau meyepak botol air ke dalam padang sebagai tanda protes ketika pasukan negara bertemu dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan. Bertalan akhirnya mengundur diri pada hujung tahun 2005.
17. Memecat B Sathianathan kerana mengkritik Liga-M ketika meluahkan rasa kecewa kerana gagal dalam kempen Piala AFF 2008. Malaysia gagal dalam peringkat kumpulan sekaligus menyebabkan ayat “M-League is not football” terkeluar dari mulut jurulatih tersebut.

18. Melantik K Rajagobal secara tergesa-gesa sebagai jurulatih senior kerana terlalu gembira dengan kejayaan Malaysia merangkul pingat emas sukan SEA 2009 walhal ketika itu Mohd Azrai Khor merupakan calon yang paling layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana berjaya memimpin pasukan Kedah memenangi treble 3 tahun berturut-turut.
19. FAM memberikan kebebasan dan tidak langsung menekan jurulatih K Rajagobal sepanjang tugasan beliau sejak 4 tahun yang lalu. Sekaligus tiada kata dua yang dikeluarkan oleh pihak atasan FAM walaupun Malaysia melalui zaman suram kekalahan demi kekalahan sejak penghujung 2010 yang lalu. Sebaliknya K Rajagobal memberi kata dua kepada FAM bahawa beliau hanya ingin bersara pada 2015 nanti.
20. Menggantung kerjaya Tan Sri Annuar Musa selama 2 tahun 6 bulan kerana mengkritik kerja FAM dan percaturan oleh K Rajagobal.
Semua di atas belum lagi dicampur dengan 7 skandal dalaman FAM di sini

4 Replies to “20 Dosa-Dosa FAM”

Comments are closed.