Tomok Dapat Anak Lelaki

KUALA LUMPUR, 29 MEI 2012: Peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Shah Idrawan atau Tomok sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira ini telah diumumkan pelantun lagu Bagaikan Bidadari menerusi laman sosial twitter miliknya.

Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang tadi.

Ketika dihubungi, Tomok yang masih belum memberikan nama kepada putera sulungnya itu memberitahu menerusi kiriman SMS bahawa anaknya itu dilahirkan seberat 3.33 kg.

Pasangan bahagia ini telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011.