Spiderman panjat bangunan tertinggi Perancis

PARIS – Pemanjat bangunan pencakar langit, Alain Robert memanjat sebuah bangunan tertinggi di Perancis, First Tower kelmarin.

Dia memanjat bangunan setinggi 231 meter itu selepas mendapat kelulusan daripada pemilik bangunan berkenaan.

Beratus-ratus orang melihat aksi warga Perancis itu.

Robert tidak menggunakan sebarang alat bantuan memanjat menyebabkan dia digelar Spiderman.

Dia telah memanjat lebih 100 bangunan pencakar langit di seluruh dunia sejak 15 tahun lalu.

“Saya tiada masa untuk berasa takut kerana banyak perkara lain yang saya perlu lakukan,” katanya. – Agensi