Sindiran Nizar Cetus Kemarahan Sultan Johor

Mohammad Nizar adun PAS telah menyindir  DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor berkenaan pembelian plat kenderaan WWW 1 baru-baru ini. Tunku Ismail Idris bagaimanapun agak murka dengan perkara tersebut. Ini jelas mesej yang disampaikan di dalam tweet baginda.

Ini semua gara-gara tweet Nizar seperti di bawah :

Sedia maklum bahawa Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi mempunyai perniagaan sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai “Raja Yang Tak Bergaji”. Sultan Johor juga membayar zakat sehingga jutaan ringgit kepada Majlis Agama Islam Johor.

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa harus beliau membeli kereta atau no plat menggunakan wang rakyat lagi?

Sindiran atau teguran Nizar ini adalah tidak masuk akal kerana ketika baru menjadi Menteri Besar dahulu beliau telah mengarahkan pembelian kereta kerajaan negeri berjenama Camry baru beserta no. plat yang mahal. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.

Adakah Nizar sedar, rakan-rakan seperjuangan beliau sendiri juga memiliki no plat pendaftaran yang orang biasa tak mampu miliki?

Plat K = Kedah = Menteri Besar = Azizan

Plat D = Kelantan = Menteri Besar = Nik Aziz

Walaupun plat2 yang dibeli tidak mencecah RM520 Ribu seperti plat WWW 1, tapi rasanya duit untuk membeli no plat oleh kedua-dua kerajaaan negeri ni pun boleh digunakan kepada program-program lain yang dapat membantu rakyat.

Dan pembaca juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan “Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya”, pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis “D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR”.

Secara logiknya Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.