Siapa Sebenarnya Yang Maki Hamun Tauke?

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2012: Sebelum ini, peserta Super Spontan (SS) dari kumpulan Angsa Ganas iaitu Tauke dilaporkan telah mengamuk di set pengambaran program berkenaan. .

Bagaimanapun, punca sebenar Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengamuk masih belum disahkan oleh pelawak yang berasal dari selatan semenanjung itu.

Pun begitu, menerusi program Apa kata M? (AKM), punca Tauke naik angin hanya disebabkan perbuatan kurang ajar seorang individu yang bekerja di Finas.

Difahamkan, pekerja di premis berkenaan telah memaki hamun teman wanita, Tauke dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mengaibkan wanita berkenaan.

Oleh itu, Tauke mengakui dirinya merasa kecewa dan terkejut apabila lelaki yang dimaksudkan itu telah membuat tindakan dengan memboikot dirinya.

Jika anda ingin mengenal pasti alasan tindakan Tauke mengamuk dan siapakah yang begitu berani memaki hamun terhadap Tauke, tontonlah video temuramah antara pengacara AKM iaitu Ajieb bersama Tauke yang dibuat baru-baru ini.

Diharap, selepas video ini disiarkan, pihak berkenaan boleh tampil ke depan menyelesaikan masalah ini dengan baik tanpa bermusuh.