Shinji Kagawa ke Manchester United

Bintang Borussia Dortmund Shinji Kagawa dilaporkan sedia untuk pindah ke Manchester United.

Majalah Kicker telah menyatakan yang beberapa sumber yang rapat dengan pemain itu telah menjangka yang Kagawa akan menandatangani persetujuan yang bernilai €15juta (£12juta) tidak termasuk bonus lain.

Kagawa yang hanya berusia 23 tahun adalah satu-satunya pemain yang menyerlah dalam Bundesliga setelah menjaringkan 21 gol dalam 46 penampilan untuk pasukan juara bertahan beliau.

Jika ditandatangani oleh United, Kagawa akan menjadi pemain kedua dari Asia untuk bermain dalam pasukan utama United, dengan yang pertama adalah pemain Korea Park Ji-Sung yang ditandatangani pada tahun 2005 dan merupakan pemain penting selama tujuh musim.

Ini bukan kali pertama yang pemain antarabangsa Jepun itu telah dikaitkan dengan United. Kagawa telah mengakui yang dia telah bertemu Sir Alex Ferguson pada bulan Mei tetapi telah dihalang oleh Dortmund yang enggan menjualnya. Pengerusi Dortmund Hans-Joachim Watzke dilaporkan telah meminta jumlah yang terlalu tinggi.

United juga ingin mendapat satu lagi pemain dan dikatakan sasar pemain Lille Eden Hazard tetapi beliau telah serta Chelsea.

Hazard dikatakan bernilai £32juta, £20juta lebih daripada apa yang United ingin membayar untuk Kagawa.