Shanghai Shenhua Ikat Pemain Muda Malaysia

Masih ingat dengan Tam Sheang Tsung yang pernah terikat sebagai pemain remaja kelab Yokohama di Jepun tahun 2009 yang lalu? ketika berusia 13 tahun semasa berlatih di Brazil beliau digelar “C. Ronaldo Junior of Malaysia” oleh media Brazil.

Tam Sheang Tsung juga pernah digelar “Miura Kazuyoshi of Malaysia” kerana mempunyai gaya permainan mirip seperti Miura yang merupakan pemain Jepun yang hebat ketika itu.

Beliau juga merupakan rakyat Malaysia yang pertama bermain dalam Liga J dalam divisyen 2 untuk Kelab Sagan Tosu pada 2010 dan beliau juga pernah mendapat trial di Cardiff City sehingga tempoh percubaannya dilanjutkan pada 2011 yang lalu.

Pengendali kelab Liga super China iaitu Shanghai Shenhua FC sudah mengikat anak muda ini! Tam Sheang Tsung menjadi pemain muda pertama dibawah umur 20 di liga China yang diserapkan ke pasukan utama kelab tersebut.

Beliau telah menjalani latihan dan percubaan selama lima bulan di kelab itu, yang menyaksikan beliau berjaya diserapkan ke dalam pasukan pertama 44 orang pemain, yang termasuk Nicolas Anelka, yang kali terakhir bermain untuk Chelsea.Anelka juga menjadi pembantu jurulatih untuk kelab ini.

Pemain sayap kiri yang berusia 17 ini dilahirkan di Tokyo tetapi masih memegang pasport Malaysia, kini perlu berjuang untuk tempat dalam kesebelasan utama untuk menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk bermain dalam Liga Super China.

Tam telah diperkenalkan kepada pasukan oleh Anelka, yang merupakan pemain-jurulatih kelab itu, pada sidang akhbar di pangkalan latihan Shenhua di sini semalam.

Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba juga telah dikaitkan dengan Shenhua tetapi mungkin kekal dengan Liga Perdana Inggeris, Chelsea.