Ronaldo: England akan bangkit

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo percaya England akan bersaing untuk Euro 2012 tetapi mempersoalkan keputusan mereka untuk tidak memilih Rio Ferdinand.

England, seperti Portugal, tidak pernah menang pertandingan Euro dan tidak menjadi pasukan kegemaran untuk menang pertandingan bulan depan.

Bagaimanapun, Ronaldo percaya England akan menjadi pasukan lawan yang sukar bagi mana-mana pasukan walaupun selepas baru melantik pengurus baru.

“Saya selalu menjangka England akan memenangi sebuah pertandingan besar,” kata Ronaldo kepada akhbar The Sun.

“England mempunyai beberapa pemain terbaik di dunia dan adalah pasukan lawan yang sukar bagi mana-mana pasukan.

“Saya berharap England dapat bermainddengan baik di Euro kerana saya mempunyai banyak kawandi sana. Ia adalah sebuah negara yang saya sangat suka.

“Saya menjangka perkara-perkara besar untuk England, jurulatih baru mereka dan negara itu.”

Sebuah era baru England di bawah Hodgson akan bermula Sabtu ini dengan perlawanan persahabatan menentang Norway. Hodgson mempunyai CV yang kukuh dalam pengurusan bola sepak walaupun ia tidak sehebat rekod Capello.

“Saya tidak kenal beliau [Hodgson] tetapi untuk menjadi jurulatih pasukan kebangsaan, anda mesti jurulatih yang  baik,” kata Ronaldo.

“Mari kita lihat apa England boleh lakukan di Euro. Peluang mereka untuk menang masih sama. England mempunyai pemain-pemain yang hebat tetapi sekarang, dengan jurulatih baru, ia lebih hebat.”

Tetapi bintang Real Madrid dan Portugal itu mempunyai satu amaran untuk England. Bekas pemain Manchester United itu menegaskan Hodgson telah membuat satu kesilapan dengan tidak memilih Rio Ferdinand dalam skuad beliau.
“Rio adalah pemain pertahanan terbaik di England dan masih antara yang terbaik di dunia,” katanya.

“Saya tidak faham mengapa dia tidak berada dalam pasukan kebangsaan.

“Mungkin jurulatih mempunyai sebab-sebab tertentu dan kami perlu menghormati mereka.

“Tetapi saya perlu bersikap jujur, saya suka Rio.

“Beliau adalah seorang pemain yang hebat, seorang lelaki yang hebat dan dia sepatutnya berada di dalam pasukan kebangsaan kerana beliau akan membantu England berjaya … mungkin untuk memenangi pertandingan Euro.”