Piala Thomas: Denmark atasi Malaysia

MALAYSIA gagal muncul juara Kumpulan C apabila tewas 2-3 di tangan Denmark pada persaingan Piala Thomas di Wuhan, China, hari ini.

Dengan keputusan itu Malaysia dijangka bertemu sama ada China atau Korea Selatan pada peringkat suku akhir esok.

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong wei mengejutkan banyak pihak apabila memutuskan untuk menarik diri dari meneruskan persaingan sekali gus memberi kemenangan mudah kepada perseorangan Denmark, Peter Hoeg Gade untuk mengutip mata pertama.

Pada minit keempat, Chong Wei yang mendahului 2-1 bagaimanapun mengambil keputusan untuk menarik diri dari meneruskan persaingan.

Sementara itu, beregu pertama negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How turut mengecewakan apabila gagal untuk mengutip mata pertama untuk Malaysia setelah tewas ditangan pasangan Carsten Morgensen/Mathias Boe dengan catatan 21-17,21-23,21-11.

Pemain perseorangan kedua negara, Daren Liew menjadi wira Malaysia apabila membuka peluang pasukan itu untuk terus bersaing dalam memburu juara kumpulan C setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark, Jan O JORGENSEN, di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan.

Daren Liew berjaya menundukkan Jan O JORGENSEN dengan catatan 21-15,21-13 untuk mengutip mata pertama buat Malaysia setelah ketinggalan 2-0 dibelakang Denmark.

Bagaimanapun, harapan yang diletakkan kepada pasangan beregu kedua negara, Koo Kien Keat/Goh V Shem untuk mengutip mata penyamaan bagaimanapun hampa apabila mereka tewas dengan pasangan Jonas RASMUSSEN/Joachim FISCHER NIELSEN dengan catatan 21-18-21-15 dalam masa 38 minit.

Satu lagi perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim mengalahkan Hans-Kristian VITTINGHUS untuk mendapatkan mata kedua Malaysia.

Live Score –> Klik Sini
Live Streaming —> Klik Sini

Keputusan perlawanan

Kumpulan C

Malaysia  mln Denmark

Lee Chong wei mln Peter Hoeg Gade 1-2 (tarik diri)

Tan Boon Heong/Hoon Thien How  mln Carsten Morgensen/Mathias Boe 21-17,21-23,21-11.

Daren Liew mln Jan O JORGENSEN 21-15,21-13

Koo Kien Keat/Goh V Shem mln Jonas RASMUSSEN/Joachim FISCHER NIELSEN  21-18-21-15

Hafiz Hashim mln Hans-Kristian VITTINGHUS 17-21,21-17,21-19