Penyu akan bertemu Kelantan di Piala AFC

Terengganu FA akan bertemu Kelantan FA di pusingan kedua Piala AFC pada 23 Mei selepas seri 2-2 dengan Kitchee.

Dengan Kitchee hanya perlu mengelak kekalahan di Stadium Sukan Tseung Kwan O untuk menjuarai Kumpulan F, Jordi Tarres menjaringkan dua gol di separuh masa pertama untuk seri 2-2 dengan Terengganu.

Ashaari Samsudin dan Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol-gol Terengganu untuk menghalang pasukan Josep Gombau daripada menang perlawanan keempat mereka dalam enam perlawanan terakhir.

Walaupun gagal untuk meragut semua tiga mata untuk menjuarai kumpulan itu, juara bertahan Piala FA Malaysia Terengganu, yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan kedua, akan bertemu dengan musuh Liga Super Malaysia Kelantan, yang menjuarai Kumpulan H, pada 23 Mei di Kota Bharu.

“Saya gembira dengan persembahan pasukan saya. Kami berjaya mendapat satu mata yang kami perlukan untuk menjuarai kumpulan ini, dan itu adalah matlamat kami,” kata jurulatuh Kitchee Gombau.

“Perlawanan ini tidak mudah kerana Terengganu adalah pasukan yang hebat. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik.  Saya berpuas hati dengan satu mata.

Kitchee mendahului perlawanan pada minit ke-9 apabila Tarres melepasi kawalan untuk menanduk masuk hantaran Lo Kwan Yee dari sayap kanan.
Tetapi Terengganu menjaringkan gol penyamaan apabila Ashari menjaring masuk hantaran Zubir Amzi.
Kitchee menjaringkan gol kedua mereka di minit terkahir separuh masa pertama apabila usaha Tarres melepasi Shamiraz Yusoff daripada hantaran Chan Mai Fan.

Tetapi Terengganu menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua apabila Hadi dengan tenang menjaringkan sepakan penalti beliau selepas dikasari Fernando Recio.

“Kami berpuas hati dengan keputusan ini kerana kami mempunyai banyak pemain yang cedera,” kata penolong jurulatih Terengganu, Khalid Mohammed Dahan.

“Ia adalah satu malam yang sukar bagi Terengganu. Kami mempunyai hanya 16 pemain dan dua daripada mereka cedera dan kami bermain semua pemain walaupun mereka cedera kerana kami tidak mempunyai pilihan. Seorang pemain pertahanan juga terpaksa bermain sebagai penyerang, tetapi kami tidak mempunyai pilihan. Para pemain saya bermain dengan penuh semangat menentang pasukan yang hebat dan kami berpuas hati dengan keputusan ini.

“Kitchee telah menjuarai kumpulan ini dan kami adalah naib juara, jadi kami perlu bertemu juara dari Kumpulan H iaitu Kelantan yang juga dari Malaysia.

“Mudah-mudahan pemain-pemain saya akan pulih tidak lama lagi dan boleh beraksi dalam perlawnan itu. Kelantan dan Terengganu adalah dua pasukan terbaik di Malaysia pada masa ini, jadi saya fikir ia akan menjadi satu perlawanan yang baik dan saya tidak sabar untuk bertemu Kelantan. “