OKS: Harimau Muda kurang kreativiti

Ong Kim Swee kecewa dengan keputusan pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada mereka dan percaya itu telah mengubah permainan.

Harimau Muda semalam tewas 3-2 dengan Tampines Rovers selepas mendahului 1-0 melalui jaringan Thamil Arasu pada awal separuh masa kedua.

Thamil Arasu kemudian telah dikasari di kotak penalti namun tiada penalti diberikan.

Beberapa minit selepas itu penalti diberikan kepada Tampines Rovers kerana pemainnya dikasari Izuan di dalam kotak penalti dan Tampines kemudian menyamakan kedudukan 1-1.

“Tidak adil bagi saya untuk komen tentang penlti itu dan saya harus lihat semula rakaman. Saya rasa terdapat sentuhan di kotak penalti dan kami tidak diberi penalti. Itu telah mengubah perlawanan.” kata Ong Kim Swee.

Beliau juga telah mengulas tentang pemainnya, Syazwan Tajudin yang telah melakukan kesilapan pada kedua-dua gol yang dijaringkan oleh Tampines Rovers.

“Dua kesilapan, satu yang menyebabkan penalti Tampines Rovers dan satu lagi sepakan percuma oleh seorang pertahanan yang menyebabkan kami bolos. Bagi saya ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemain baru yang saya turunkan. Tetapi baginya (Syazwan) untuk melakukan itu, saya rasa dia harus bangkit.
“Kami tidak boleh melakukan kesilapan seperti ini pada perlawanan penting, terutama sekali pada perlawanan kelayakan. Jadi jika dia tidak belajar, dia harus berhenti di situ. Semudah itu. Tidak akan ada peluang lagi.”
Ong Kim Swee bagaimanapun memuji pasukan Tampines Rovers dan menegaskan bahawa pengalaman dan kematangan membezakan kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu.

“Mereka pasukan yang berpengalaman. Mereka mengambil peluang dengan baik. Mengawal bola dengan baik dan tahu bagaimana untuk menangani situasi dengan baik. Anda boleh lihat perbezaan antara pemain dewasa dan muda.

“Benteng pertahanan Tampines beraksi dengan baik. Mereka sangat teratur dan menybabkan sukar untuk kami menembusi pertahanan.

“Pemain saya mampu berkasi tetapi mereka harus tahu bagaimana untuk mengawal situasi. Lihat Tampines, mereka tidak panik apabila ketinggalan satu gol.”

Beliau juga turut merasakan pasukannya kurang kreativiti kerana beberapa pemain tonggaknya tiada semalam.

“Jika Gary, Irfan dan Nazmi beraksi malam ini (semalam), kami pasti mampu lakukan lebih baik kerana kami perlukan seseorang yang sangat kreatif.”