Misteri Restoran Adik Manja

Dalam banyak2 cerita hantu. Cerita restoran adik manja yang menjadi perbualan hangat sekarang. Aku pun ada perasan restoran terbiar ni semasa berulang alik melalui jalan ni dahulu. Tetapi tak pernah nampak seperti apa yang diceritakan oleh orang lain.

Jom layan cerita2 dibawah.

 Cerita 1

“Dah lama aku perhatikan…sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owner baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini.

Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri”…

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lepas. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni…kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti.

Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan.

Aku pelik jugak sebab setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja.

Dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi…mmg misteri gilerrr..

Cerita 2

Aku membesar dengan dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway tak ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kat depan kedai tu. Tp, pelanggan tak der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa tak sedap hati.

Tp nasib baik tak jadi apa2 yang buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yang kami singgah di kedai ni. Semua org terkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama tak brpenghuni. tp, tak tau la kalau da bukak balik.

Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.