Michael Owen tinggalkan United

Michael Owen bersedia untuk meninggalkan Manchester United selepas mendedahkan bahawa kelab tidak menawarkan kontrak baru kepadanya.

Pemain berusia 32 tahun itu yang kontraknya tamat musim panas ini telah mengumumkan di Twitter bahawa kelab itu tidak akan menawarkan kontrak baru kepadanya.

Owen berkata: “Pengurus telah mengumumkan selepas perlawanan testimoni Selasa lepas bahawa kelab tidak akan menawarkan kontrak baru kepada saya.”

Bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Newcastle itu merupakan peamin berpindah secara percuma musim panas 2009.

Owen telah membuat empat penampilan sahaja musim ini dan tidak beraksi sejak November kerana kecederaan paha.

Kata Owen lagi: “Saya telah menikmati setia saat dalam tiga tahun berada di kelab yang hebat ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain, pegawai dan penyokong atas sokongan mereka dan harapkan terbaik untuk mereka.

“Saya kini merancang untuk pergi bercuti dimana saya memikirkan ke mana saya kana pergi selepas ini.”