Matlamat Butler untuk Terengganu

Jurulatih baru Terengganu Peter Butler mahu menukar pasukan barunya menjadi pasukan serangan yang hebat.

Jurulatih berusia 46 tahun itu berpegang kepada falsafah “attack is the best form of defence”.

“Itulah yang saya selalu ajar kepada pasukan-pasukan saya. Saya mahu menggunakan strategi yang sama dengan Terengganu,” beliau berkata selepas menandatangani kontrak di ibu pejabat FA semalam.
“Terengganu mempunyai pemain-pemain yang hebat jadi saya tidak akan membuat perubahan yang terlalu banyak. “

Butler, yang telah menyertai semula bekas pasukannya di Indonesia Persiba Balikpapan selepas meninggalkan Kelantan awal tahun ini, telah menandatangani kontrak 18 bulan yang akan bermula pada 1 Jun.

Beliau menggantikan Mat Zan Mat Aris yang meletak jawatan selepas diarahkan untuk berehat berikutan beberapa keputusan mengecewakan dalam Liga Super dan Piala FA.

Presiden FA Datuk Che Mat Jusoh berkata pengurusan pasukan percaya Butler adalah jurulatuh yang terbaik untuk memimpin Terengganu kepada kejayaan musim ini.

“Peter adalah antara empat jurulatih yang telah dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

“Kami memilih beliau kerana beliau mempunyai pengalaman yang tepat untuk memimpin kami kepada kejayaan,” kata Che Mat.

“Selain itu, beliau fasih dalam Bahasa Melayu, dan itu akan membuat komunikasi antara beliau dan para pemain lebih mudah. Para pemain juga gembira beliau telah dilantik sebagai jurulatih baru.”

Butler akan menyelia latihan mulai hari ini tetapi beliau tidak boleh mengambil tempat di bangku simpanan sehingga beliau mengambil alih secara rasmi pada 1 Jun.

Seorang jurulatih yang berdisiplin, Terengganu akan menjadi pasukan ketiga Butler akan mengambil alih musim ini selepas Kelantan dan Persiba.

“Saya komited kepada Terengganu untuk jangka masa yang panjang,” kata Butler. “Situasi dengan dua bekas pasukan saya sebelum ini berbeza dari segi personaliti dan politik yang terlibat.

“Mereka yang tidak memahami saya akan mengkritik saya kerana sering beralih pasukan.”

Butler membantu Persiba mendapat tempat keempat dalam liga semasa bertugas di sana.

Mengenai sasaran untuk Terengganu, Butler berharap pasukan Penyu akan memenangi semua 10 perlawanan terakhir mereka dalam Liga Super musim ini.

“30 mata akan meningkatkan pasukan ini ke kedudukan yang lebih berhak dalam liga. Saya mahu mereka merealisasikan potensi sebenar mereka.”

Butler, yang pernah bermain untuk West Ham dan West Brom, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang luas dengan pasukan seperti Sabah, SAFFC dan pasukan Australia Sorrento FC.