Liga Super: Kedah bangkit ikat Lions XII 3-3

KEDAH membawa pulang satu mata berharga apabila mengikat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Dalam perlawanan yang  bermula jam 7.45 malam tadi menyaksikan tuan rumah meledak gol pertama menerusi Kaptennya Shahril Ishak pada minit kesembilan.

Sejurus selepas itu, Kedah kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-21.

Lions menggandakan jaringan melalui penyerang Shahril Anuar di minit ke-28

Selepas separuh masa kedua bermula, Lions kembali menambah derita Sang Kenari hasil jaringan pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-56.

Bagaimanapun Kedah kembali bangkit hasil jaringan Amar Rohidan menjadikan kedudukan jaringan 3-2.

Sang Kenari bagaikan mendapat suntikan semangat dan mempamerkan semangat tidak berputus asa apabila terus merapatkan kedudukan menerusi pemain import, Verdan Gerc menjadi wira pasukan mengikat Lions 3-3 minit ke-64.