Lagi skandal seks lelaki mirip pemimpin pembangkang

 

KUALA LUMPUR – Belum pun hilang ingatan orang terhadap isu gambar dan video seks melibatkan individu menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tersebar pula gambar-gambar aksi seks seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin pembangkang di Selangor.

Sebanyak sembilan keping gambar yang memaparkan aksi lelaki mirip pemimpin kanan parti pembangkang sedang bermesra dengan seorang wanita di ruang tamu sebuah unit apartmen kini tersebar di laman siber.

Selain itu, gambar-gambar yang mula-mula muncul dalam blog Internet itu juga memaparkan aksi mereka berasmara seks oral di dalam tandas.

Gambar tersebut telah dimuat naik pada pukul 2.26 pagi Ahad lalu oleh sebuah laman blog. Pemimpin tersebut telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kepadanya.

Betul atau tidak? sama-sama kita nantikan.