Kemenangan United tidak bermakna

Jaringan gol Wayne Rooney dalam separuh masa pertama tidak cukup untuk menghalang Manchester City daripada meraih kejuaraan.

United telah memulakan masa kecederaan dengan berada 1-0 di hadapan dengan City 2-1 di belakang kepada QPR di Stadium Etihad.

Walaubagaimanapun, City telah menyamakan kedudukan pada wisel penamat perlawanan United dan peraian hampir-hampir bermula di Wearside tetapi Sergio Aguero menyelamatkan pasukan Roberto Mancini untuk menjuarai liga selepas 44 tahun.

Pengurus United Sir Alex Ferguson dan para pemainnya telah kembali ke bilik persalinan dengan penuh kekecewaan tetapi para peminat sejati kelab itu telah memberi sokongan hebat dalam kekalahan untuk wira mereka pada hari yang penuh drama itu.

United telah menghadapi penjaga gol Sunderland Simon Mignolet yang menunjukkan prestasi baik dan hampir-hampir meninggalkan stadium itu dengan hanya satu mata apabila bekas pemain Fraizer Campbell gagal menjaringkan gol.

Dengan pemain veteran Paul Scholes yang berusia 37 tahun dan Ryan Giggs, 38 tahun, mengarah rentak permainan dari pertengahan padang, United dijangka dapat menambah kepada jaringan dan memastikan kemenangan.

Pasukan lawat itu telah mengusai perlawanan dan sepatutnya memenangi pertarungan itu sebelum masa rehat tetapi hanya mampu mendapat gol melalui tandukan Rooney pada minit ke 20 daripada hantaran Phil Jones.

Mignolet berjaya membuat beberapa aksi halangan yang penting sebelum Campbell mensia-siakan peluang terbaik daripada hantaran Stephane Sessegnon pada minit ke 36.

United kembali dari masa rehat dengan penuh keyakinan dan hampir mendapat gol setelah dua minit apabila Valencia memberi bola kepada Rooney tetapi Mignolet sekali lagi menghalangnya.

Para penyokong United yang berada di belakang Mignolet pula telah meraikan jaringan gol penyamaan QPR sebelum tandukan Jones pada minit ke 50 tidak tepat pada sasaran.

Dua minit kemudian, pasukan tuan rumah tidak diberi penalti apabila pemain gantian Ahmed Elmohamady dikasari oleh Jonny Evans.

Sunderland mula berjuang dan United tiba-tiba perlu mempertahankan gawang tetapi United yang mengancam apabila hantaran Valencia disepak oleh Young sebelum Craig Gardner membuat halangan yang baik.

Lima minit kemudian, Young menguji Mignolet sekali lagi sebelum percubaan voli Scholes terkena tiang dan Mignolet memesong keluar percubaan Giggs. Nasib malang United berterusan hingga minit terakhir.