Kelantan FA lepaskan Nwoha

Kelantan FA telah melepaskan pemain import mereka, Onyekachi Nwoha yang berasal dari Nigeria.

Dikhabarkan Kelantan sudah menemui seorang pemain impprt yang lebih handal dan berbakat dalam menjaringkan gol untuk perjuangan dalam Piala AFC di mana Kelantan kini sudah layak ke suku akhir.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim mengatakan bahawa mereka harus memantapkan lagi pasukan untuk menghadapai cabaran yang lebih mencabar dalam Piala AFC.

“Kami harus bersedia untuk bertemu pihak lawan yang lebih hebat,” kata Azman.

“Kami harus memantapkan lagi pasukan dengan seorang pemain import profesional untuk suku akhir pada September ini.

“Kami dibenarkan untuk membuat perubahan pemain import dan kami akan mengambil peluang ini sepenuhnya.” tambahnya lagi.

Mengikut peraturan AFC, empat pemain import termasuk seorang dari rantau Asia layak untuk beraksi dalam Piala AFC.

Penyerang Mohamad Ghaddar dan pertahanan Obinna Nwaneri diambil untuk Liga Malaysia dan juga Piala AFC. Dua penyerang yang lain adalah Dennis Antwi dari Ghana dan Nwoha.
Walaubagaimanapun, Azman memberitahu bahawa mereka masih belum membuat keputusan tentang Antwi.