KAFA Bakal Dikenakan Tindakan

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan pada perlawanan Piala AFC dengan Terengganu, Kelantan FA kini bakal dikenakan tindakan oleh AFC.

Perlawanan Piala AFC pusingan kedua itu telah menyaksikan kemenangan 3-2 Kelantan ke atas pasukan Terengganu yang seterusnya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFC.

Namun, perlawanan derby Pantai Timur itu dicemari dengan sikap segelintir penyokong Kelantan yang telah membaling objeck serta membakar mercun di Stadium Sultan Muhammad IV.

Seperti yang sedia maklum, pihak AFC melarang sama sekali kegiatan membaling objek dan membakar mercun ketika perlawanan Piala AFC. Malangnya peraturan itu tidak diendahkan sama sekali oleh sesetengah pihak.

Mengikut sumber-sumber ESPNSTAR.my, komisioner perlawanan tersebut, Munem Fakhoury telah pun membuat beberapa laporan kepada AFC tentang kejadian di Stadim Sultan Muhammad IV.

Peraturan AFC telah menetapkan denda US$5,000 (RM16,000) bagi setiap objek yang dibaling ke padang.

Munem Fakhoury juga dikhabarkan telah membuat laporan kepada AFC berkenaan pihak Kelantan FA yang gagal menyediakan pasukan polis untuk mengiring pasukan Terengganu ke stadium dan pulang dari stadium.

Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa turut meluahkan rasa kecewanya di lama Facebook dengan berkata: “Jangan terkejut jika kita terpaksa bermain suku akhir tanpa penonton.

“KAFA bukan sahaja akan kerugian RM200,000, tetapi terpaksa mengeluarkan duit menganggung segala perbelanjaan pasukan pelawat. Ratusan ribu akan dibazirkan untuk perkara yang tidak berfaedah dan ini akan mematikan KAFA”

Dalam pada itu Kelantan berjaya diikat 0-0 oleh Johor FC pada perlawanan semalam.