Harimau Muda B tersingkir dari Piala Singapura

Pasukan Harimau Muda disingkirkan dari Piala RHB Singapura di pusingan pertama buat tahun kedua berturut-turut.

Walaupun bermain dengan tiga pemain dari pasukan Harimau Muda A – Affizie Faisal, Shahril Sa’ari dan ketua pasukan Mahali Jasuli – pasukan Harimau Muda B memberikan persembahan yang mengecewakan dalam kekalahan 3-0 kepada Gombak United FC di Stadium Jurong West malam tadi.

Ismail memberitahu sebelum pertandingan itu, matlamat pasukannya adalah untuk sekurang-kurangnya ke pusingan kedua tahun ini, tetapi persembahan pasukannya menunjukkan sebaliknya.

Pasukan tuan rumah yang memulakan perlawanan dengan baik dan membuka tirai pada minit ke-10. Julien Durand menghantar bola kepada Christopher Anderson, dan pemain tengah itu melepaskan rembatan yang hebat melepasi penjaga gawang Shahril.

Harimau mula meningkatkan prestasi mereka selepas jaringan itu tetapi tidak dapat melepasi bahagian pertahanan Gombak yang dikawal dengan baik oleh ketua pasukan Obadin Aikhena, namun mereka mendapat dua peluang baik setengah jam dalam perlawanan.

Rembatan Farizzuan Azhar pada minit ke-28 dihalang dengan hebat oleh penjaga gawang Gombak Zaiful Nizam.

Farizzuan sekali lagi membuat percubaan yang baik selepas menerima bola daripada Akmal Ishak dua minit kemudian, tetapi sekali lagi usaha beliau ditepis oleh Zaiful.

Pemain-pemain sayap Gombak kelihatan sangat mengancam, terutama sekali Mustaqim Manzur, yang memberikan banyak masalah kepada Mahali di sayap kanan.

Kedua-dua pasukan mengkahiri separuh masa pertama dengan para pemain kelihatan letih akibat keadaan padang yang agak teruk.

Harimau muncul dari masa rehat dengan kelihatan lebih semangat dan percubaan Mahali tersasar pada minit ke-47.

Tetapi pasukan tuan yang menjaringkan gol kedua perlawanan apabila permainan baik antara Hafiz Rahim dan Fairoz Hassan mengelirukan Nasriq Yahya dan Radhi Yusof dan menghasilkan gol kedua mereka pada malam itu.

Pemain-pemain Harimau kelihatan patah semangat selepas jaringan itu dan prestasi mereka mula dengan para pemain tidak dapat mengawal banyak bola.

Walaupun kelihatan seperti mereka akan menang dengan selesa, Gombak tetap membuat serangan-serangan hebat. Pemain gantian Jung Hee Bong dan Durand mensia-siakan peluang-peluang baik.

Malam Harimau bertambah teruk apabila K Vikraman melepaskan sepakan percuma yang hebat melepasi Shahril pada minit ke-80 selepas dikasari diluar kotak.

Perlawanan berakhir dengan pemain sayap Harimau Hadin Azmin melihat dua usaha beliau tersasar selepas aksi gelecek yang baik di sayap kiri.

Jurulatih Ismail memberitahu selepas perlawanan: “Saya kecewa dengan persembahan hari ini. Walaupun pasukan saya kalah kepada Johor di perlawanan terkahir, mereka bermain dengan lebih baik.”

Ismail juga berkata beliau kecewa dengan persembahan para pemain daripada pasukan Harimau Muda A: “Mereka sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada pemain-pemain muda yang lain, tetapi itu lah bola sepak. Tahniah kepada Gombak.”