Hari kebangkitan KL, Selangor, Negeri

Pasukan akhir liga Kuala Lumpur seri dengan ketua liga LIONSXII sementara Negeri Sembilan dan Selangor bangkit dari kemerosotan.

Pasukan Kuala Lumpur ini tidak berpangkalan di stadium sendiri, telah dilanda krisis keewangan, kehilangan 15 pemain utama mereka serta terpaksa menyertakan pemain yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang LIONSXII di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Walaubagaimanapun, bekas gergasi Malaysia ini telah menunjukkan semangat perjuangan dalam perlawanan terbaik mereka dengan ketua liga yang berasal dari Singapura itu.

Ketua pasukan Aslam Najumudeen menjadi pemain contoh dengan berusaha sedaya upaya untuk mengejar peluang merampas bola sementara naib ketua pasukan Ahmad Dashila melupakan kesakitan daripada kecederaan tanggannya dan membanting dirinya demi mengawal gawang dengan baik.

Para pemain muda yang dikenali dengan gelaran City Boys ini juga telah mampu mengasak gawang Hyrulnizam Jumaat dengan 7 percubaan, setaraf dengan LIONSXII walaupun pasukan pelawat itu yang menguasai bola dan perlawanan berakhir dengan anak buah Razip Ismail meraikan pencapaian terbaik musim mereka yang amat mencabar.

Dalam perlawanan lain, Gergasi Merah bangkit dari dua kekalahan berturut-turut dan khabar angin yang pemain bintang Bosko Balaban akan meinggalkan mereka dengan Azidan Sarudin membuka tirai pada minit ke 38 .

Felda menindak selepas masa rehat dengan percubaan Fardem Kadir tetapi Azidan menjaringkan gol kedua dua minit kemudian untuk meraih tiga mata yang penting untuk Selangor.

Negeri Sembilan juga telah bangkit dari dibolos gol pada minit ke tujuh dengan penalti Michal Kubala tetapi Jean-Emmanuel Effa menyamakan kedudukan pada minit ke 24 sebelum sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 66. Marian Farbak memastikan kemenangan pada minit ke 84 dengan gol beliau.

T-Team meneruskan prestasi baik dengan mengalahkan Sabah 2-1 sementara PKNS FC mendapat kemenangan yang mengejutkan 3-1 ke atas Kedah. Terengganu pula mendapat keputusan seri 2-2 di dengan Sarawak.

Keputusan Malam Selasa

Sabah 1-2 T-Team
Selangor 2-1 Felda United
Negri Sembilan 3-1 Perak
Kedah 1-3 PKNS FC
Kuala Lumpur 0-0 LIONSXII
Terengganu 2-2 Sarawak