Era United masih belum berakhir

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Patrice Evra mene- gaskan bahawa era kegemilangan The Red Devils masih belum berakhir meskipun mereka gagal menjulang sebarang trofi musim ini.

Dengan hanya berbaki satu perla- wanan, United kini berkongsi 86 mata dengan musuh setempat, Manchester City yang menerajui liga hasil perbezaan jaringan.

Jika The Red Devils gagal muncul juara musim ini, ia adalah satu mala- petaka buat skuad kendalian Alex Ferguson itu kerana gagal mendakap sebarang trofi buat kali pertama da- lam tempoh tujuh tahun.

“Saya yakin, ramai yang berasa- kan bahawa era kegemilangan United telah berakhir seandainya kami gagal menjulang sebarang trofi musim ini.

“Namun, saya tidak bersetuju dengan pendapat itu memandangkan United adalah pasukan elit yang memiliki begitu ramai pemain berbakat.

“Dengan musibah kecederaan pemain serta kehilangan pemain berpengalaman yang bersara, apa yang telah kami lakukan musim ini sebenarnya cukup hebat,” kata Evra.

Untuk rekod, United tersingkir pada pusingan keempat Piala FA, selain ditunjukkan jalan keluar (peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini).

Dalam aksi Piala Liga pula, langkah The Red Devils terhenti pada peringkat suku akhir apabila tewas kepada kelab kerdil, Crystal Palace.

“Sebagai manusia biasa, sudah tentu saya kecewa jika United gagal mendakap sebarang trofi musim ini.

“Tambahan pula, beraksi bersama United seolah-olah mempertaruhkan nyawa anda. Jika tewas, anda bukan sahaja kecewa di tengah padang tetapi ia juga akan menjejaskan kehidupan kami sebagai pemain.

“Tetapi inilah lumrah bola sepak, ada baiknya kami memandang ke hadapan daripada berterusan meratapi kegagalan,” kata Evra.

United bakal berkunjung ke Sunderland, manakala City pula melayan kunjungan Queens Park Ran- gers (QPR) dalam aksi terakhir liga Ahad ini. – Agensi